Bom yang disetkan masih berbaki kurang daripada 58 minit. Tempat itu bakal diletupkan bersama tahanannya yang tidak berdaya di dalamnya. Orang suruhan Seung Joon telah mulai beredar ke markas persembunyian mereka yang lain. Lokasi sekarang hanya umpan untuk Seung Joon mempermainkan pihak lawannya. Mereka akan meninggalkan Dae Hyun di situ keseorangan sehinggalah jangkamasa bom tamat berdetik.
"Bawakan perempuan itu bersama kita. Aku fikir, dia mungkin ada manfaatnya kepada kita suatu hari nanti.." Seung membatalkan niatnya. Jika sebelum ini, dia berhajat untuk menghapuskan kedua-dua tahanannya. Tapi kini, Fareena akan dibawanya pergi.
Pertama kali menatap wajah cantik wanita itu seperti melihat seorang bidadari. Dia tidak sampai hati jika wanita secantik itu akan mati hancur berkecai dek angkaranya.
"Lepaskan aku..Dae Hyun..selamatkan saya.." teriakan Fareena tidak dapat didengari oleh Dae Hyun yang telahpun dibawa pergi sebentar tadi.
"Mana Dae Hyun, hah?? Ke mana kamu semua bawa dia??!!" pertanyaan Fareena tidak diendahkan langsung oleh para penjahat. Ini kerana mereka harus percepatkan langkah sebelum pihak polis tiba menyerbu markas tersebut.
Park Seung Joon menghampiri wanita itu. Tudung Fareena direntap kasar oleh Seung Joon. Mempamerkan rambut Fareena yang mengurai. Membuatnya sedikit terpaku. Begitu juga beberapa pengikutnya yang ada di situ. Melopong mulut mereka.
"Bisa bagi kerjasama kali ini, si cantik.." lengan Fareena ditariknya kasar. "Jika kau tidak mahu diletupkan sekali bersama Dae Hyun nanti.."
"Erm..wajah cantik kau ni berguna untuk perniagaan aku nanti.." Seung Joon mengusap lembut kulit pipi putih merah Fareena. Tapi wajah Fareena memaling mengelak.
"Dae Hyun sudah tiada untuk selamatkan kau!!" ugut Seung Joon. "Lepas ni, kau akan aku jual ke Siam atau dijadikan budak penghibur buat business partner aku nanti."
"Tidakkk.." Jerit Fareen lagi selepas mendengar niat jahat Seung Joon.
Beberapa bunyi bedilan daripada senjata api ke dengaran. Mengejutkan mereka di situ.
"Bob, dan kamu, kamu, pergi periksa apa yang berlaku" arah Seung Joon kepada pengikutnya, "Adakah pihak polis telah tiba?" Mengikut perkiraannya, masih terlalu untuk pihak berkuasa boleh tiba ke situ. Sebelum tiba, mesti melalui beberapa 'Check Point'. Jika mereka itu adalah pihak polis, pasti mereka telah hancur diletupkan sebelum sampai ke sini.
"Bos..kita dalam masalah sekarang?" Bob dalam talian sekarang. "Si Dae Hyun..,bos???"
"Kenapa dengan dia???" Seung Joon yang mendengarkan sesuatu yang tidak disenangi itu menjadinya tidak sabar. "Kenapa dengan dia??, bagitahu aku sekarang!!!!" Suara keras Seung Joon membuatkan Fareena kaget.
Di dalam hati Fareena berdoa supaya Dae Hyun berada dalam keadaan selamat.
"Bos...Dae Hyun telah terlepas..dia menyerang orang-orang kita tadi. Mereka cedera ditembak Dae Hyun.." Bob menjelaskan kekalutan yang berlaku sekarang. Membangkitkan rasa marah dan geram di wajah Seung Joon.
"Arrghh..tak guna Dae Hyun!!!" mulut Seung Joon menyumpah geram dek kecuaian orang-orangnya itu. "Macam mana korang buat kerja? dalam ramai-ramai takkan tidak boleh tengokkan si Dae Hyun seorang tu?" marah Seung Joon.
"Maaf bos, budak-budak ni kurang mahir bertumbuk..hehe" Bob masih sempat buat jenaka untuk menenangkan hati bosnya itu
"Sudah..aku tak mahu dengar apa-apa alasan lagi..Pokoknya sekarang, cari tahu di mana Dae Hyun berada sekarang!! Mesti dia tidak jauh lagi dari tempat korang tu!!"
"Lagi satu bos, Dae Hyun terkena tembakan, mungkin dia takkan bertahan lama.." talian dimatikan. "Baiklah bos!!"
Kenyataan yang didengar Fareena tadi membuatnya sedikit lega. Dae Hyun telah berjaya melepaskan diri. Adakah sempat Dae Hyun ke sini untuk menyelamatkan dirinya? Seung Joon masih dalam keadaan mundar mandir. Fareena perlahan-lahan mengundurkan dirinya ke belakang sedikit dari tubuh Seung Joon itu. Dia cuba mencari tempat berselindung supaya dia nanti dia berpeluang cabut daripada tempat itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...