Bab 70 - Abadikan saat ini 🔞

583 4 3
                                    

Bau semerbak masakan air tangan Dae Hyun menerpa ke rongga hidung Fareena. Tidak sampai setengah jam beberapa hidangan lauk terhidang di atas meja. Sedikit kagum di hati Fareena dengan bakat memasak Dae Hyun. Lagak bersahaja dia di dapur tadi. Fareeena cuma memerhati dari jauh.

Setelah itu, beberapa biji mangkuk dihidang di atas meja kaunter.

"Sayang, mari baca doa dulu sebelum makan." ucap Dae Hyun yang kini telah berada dekat dengan isterinya. Apron di badannya di leraikan lalu dilipat.

"Bismillahirrahmanirrahim..." perlahan bacaan doa dibaca Fareena. Dae Hyun menukarkan pengepit besi kepada sudu dan garfu.

"Nah, pakai ini." Dae Hyun tahu, Fareeena kekok menggunakan pengepit makanan.

"Oh.. okay.. saya tak biasa dengan chopstick" Fareena berterus terang.

"Mendekat sikit," ucap Dae Hyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mendekat sikit," ucap Dae Hyun.

"Hmmm???"wajah blurr Fareena jelas kelihatan. Dia tidak mengerti akan maksud Dae Hyun. Lalu si suami menarik bangku milik Fareena menjadi rapat.

"Supaya senang untuk abang suapkan, tak pandai guna chopsticks, kan?" jawap Dae Hyun untuk jawapan Fareena.

Beberapa helaian rambut yang menutupi dahi isterinya dikuis lembut. Biar jelas pada pandangan Dae Hyun. Wajah yang masih kelihatan lemah dan sugul. Beberapa suapan ke mulut Fareena menyenangkan hati Dae Hyun.

"Sedap tak masakan abang.?" Dae Hyun ingin tahu pendapat Fareena. Maklumlah, isterinya ini lagi hebat di dapur berbanding dirinya.

"Hmmm ..."angguk Fareena jujur. Sempat dia senyum sikit pada sang suami.

"Ikhlas lah dengan abang!" Ujar Dae Hyun seakan merajuk.

"Eh, sedap.. urm." Balas Fareena. Dae Hyun hanya menatap kosong. Mahu Fareena mengiyakan pandangannya itu.

"Betul, apa nama makanan ni, ya?" Tanya Fareena. Pertama kali merasa menu budaya orang lain. Tapi bagi Fareena, ianya boleh diterima oleh anak tekaknya.

"Bibimbap namanya. Gaul semua macam ni. Baru sedap lagi." Sudu tadi disisip ke tangan Fareena dan mengajar isterinya gaul isi makanan itu bersama-sama. Setelah rata digaul bahan-bahan di dalam mangkuk besar, Fareena mencuba satu suap.

"Emm.. betullah. Lagi sedap macam ni." Teruja Fareena dengan mata membulat. Dae Hyun tersengih.

"Give it to me, aaaaa..." Di nganga mulutnya.

"Pandai isteri abang gaulkan." Puji Dae Hyun.

"Apalah awak ni Dae Hyun, gaul je pun. Itu pun boleh jadi sedap ke?" Fareena mengeleng-gelengkan kepalanya dek kena sakat dengan si Dae Hyun.

"Sedap! Tangan isteri abang, kan?" Dipeluknya si isteri rapat ke rangkulannya. Syahdu terasa. Fareena turut membalas.

"Anak papa buat apa dekat dalam tu?" Perut Fareena yang sedikit menonjol diusap lembut.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now