Setelah makan malam tadi, Fareena ingin mengemas dapur dan mencuci pinggan yang bersisa di atas meja makan, tapi dihalang oleh Dae Hyun.
"Tinggalkan sahaja pinggan, saya akan cuci dan kemaskan nanti." ujar Dae Hyun, melihat Fareena kepenatan.
"Jika begitu, erm.. saya naik dulu." Tanpa banyak soal, Fareena naik ke biliknya. Mungkin Dae Hyun menghormatinya sebagai tetamu. Sedang asyik Dae Hyun mencuci pinggan dan gelas, sempat lagi Fareena menjelang.
Sambil menaiki anak tangga penuh berhati-hati. Tubuhnya masih lagi terasa lemah. Bimbang tersalah langkah. Tangannya masih sempat mengosok-gosok lembut kandungannya.
Manakala Dae Hyun masih memikirkan halatuju hubungannya ketika membilas gelas.
'Benarkah dia ingin aku tinggalkan dia?' getusnya di dalam hati.
Dae Hyun hanya memerhati Fareena berlalu. Malam ini, dia akan tidur di studionya. Sementara menyambung kerja-kerjanya yang masih terbengkalai. Niatnya ada juga untuk mengubah lagu baru.
Sementara Fareena di dalam bilik,
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suasana dekorasi bilik cukup menenangkan dan terasa hangat sekali. Lebih gah daripada tinggal di hotel. Meskipun suhu begitu dingin diluar. Yang lebih tenang lagi dia tidak perlu berkongsi ranjang dengan Dae Hyun. Cukuplah malam kejadian di hotel beberapa hari lepas.
"Fuh.. Lupakan pasal itu Fareena. Anggap itu accident yang tidak disengajakan."cepat-cepat mukanya ditekup. Malu teramat sangat.
Bagasi pakaiannya yang sebelum ini disimpan sudah berada di tepi wardrobe. Kemas rapi.
'Barangkali Dae Hyun tidak membukanya.' desis hati kecil Fareena.
Selepas selesai solat, Fareena menyeluk beg sandang nya dan mengambil Al-Quran kecil. Perlahan sahaja alunan suaranya membaca ayat-ayat suci itu.
Beberapa kali dia menguap dan matanya sangat berat untuk meneruskan lagi. Tanpa dia sedari, perlahan-perlahan matanya terkatup dengan sendiri.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.