Bab 11 - Dikhianati Teman Lelaki

201 1 6
                                    

"Tak guna betul!!" Khalid Ammar merasa amat marah. Rancangannya hanya untuk memalukan Fareena.

Tetapi telah dicantas dek lelaki yang asing yang tidak dia kenali. Ternyata dia terlambat untuk bertindak kerana bimbang akan terbocor rahsia bahawa dialah orang yang melaporkan kejadian tempoh hari.

Sekarang dia masih kebingungan gerangan siapakah yang bersama Fareena di rumah itu. Semasa dia tiba, Fareena telah pun selamat dinikahkan. Kecewa hatinya tiada siapa yang tahu. Baru dia tahu perasaan ditinggalkan. Dulu itu yang pernah dia lakukan terhadap Fareena.

Bertahun-tahun Fareena bersabar dengannya dek kenakalannya yang suka berpoya-poya dengan gadis lain. Namun, setiap kali gosip itu hinggap di telinga Fareena, mesti akan ada pergaduhan antara mereka. Setelah dipujuk, Fareena kembali memaafkannya.

Begitulah selama bertahun tahun hubungan cinta mereka berlangsung. Sehingga akhirnya, Khalid Ammar ditangkap basah di rumah seorang wanita.

Insiden itu bukan seperti yang orang luar bayangkan. Dia berada di rumah wanita tersebut setelah mendapat panggilan kecemasan bahawa wanita itu jatuh sakit. Dia langsung tidak menyangka mereka tertangkap oleh Pengawai Pencegahan Maksiat pada malam itu.

Dia langsung tidak mencintai wanita itu yang sekarang ini bergelar isterinya. Dalam fikiran dan hatinya cuma ada Fareena. Biarpun berdozen wanita datang dan pergi dalam hidupnya. Akan tetapi, pengaruh cinta Fareena tersangat kuat sehingga saat ini.

Khalid Ammar juga pernah diberi amaran oleh Mya beberapa kali. Dia diminta menjauhkan dari kehidupan Fareena.

Katanya Fareena sudah banyak terluka dek sikap 'womanizer' Khalid Ammar itu. Oleh itu, selama beberapa bulan dia menjauhkan diri dari Fareena. Dan kini, dia nekad mahu menawan kembali hati Fareena. Namun semuanya telah terlambat.

**********

Dua tahun yang lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua tahun yang lalu.

Fareena mendapat khabar yang paling meremuk jiwanya. Hari itu adalah hari jadinya yang ke-25.

Khalid Ammar menelefonnya untuk berjanji temu di sebuah restoran yang agak berkelas.

Setelah dua jam menunggu, kelibat Khalid Ammar tidak muncul-muncul. Saat itu dia menerima panggilan dari teman baik Khalid Ammar yang mengatakan Khalid Ammar telah dicekup oleh orang dari Pejabat Agama kerana berdua-duaan dengan seorang gadis di sebuah rumah.

Saat itu, hatinya bagai disiat-siat kesakitan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sejak itu, panggilan dari Khalid Ammar tidak diendahnya.

Setelah mendapat perkhabaran Khalid Ammar telah selamat diijabkabulkan, semakin bertambah kecewa di hatinya. Hanya Mya tempat meluah kekecewaannya.
Beberapa minggu kemudian..

"Sabar laa Fareena" pujuk Mya.

"Sekarang ni kau patut bersyukur.. awal-awal lagi Allah dah tunjuk belang si Khalid ni.." teringat lagi betapa marahnya si Mya sampai mengetap giginya.

"Bagi aku mikrofon tu.." pinta Fareena yang ketika itu mereka berada di pusat karaoke.

Fareena menyanyikan lagu lama Fauziah Latiff iaitu 'Gubahan Rindu Puisi Syahdu'. Suaranya yang lunak merdu mirip penyanyi tersebut.

🎶Hadir dirinya di antara kita
Membuai resah penekanan jiwa
Dikau berubah setelah ia tiba
Menghanyutkan cinta suci kita...🎶

🎶Walaupun kini dikau tiada
Daku melangkah mengharunginya
Melepaskan dikau kekasih di jiwa
Semoga kau tetap berbahgia..🎶

🎶Hati ini walaupun t'lah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh, menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini...🎶

🎶Kasih dan sayang tetap bersemi
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci...🎶

🎶Dengarlah, sayang, coretan hati
Gubahan rindu puisi syahdu
Senyuman tawamu masih kurindu
Walau dikau telah lama pergi...🎶

🎶Hati ini walaupun t'lah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh, menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini..🎶

🎶Hati ini walaupun t'lah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh, menyepi nan sebuah hati..🎶

🎶Hati ini walau telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh, menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini...🎶

🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶🎶

Esakan tangisan jelas kedengaran selepas Fareena mengalunkan lagu tadi.

"Ala..dah-dah laa Fareena..." mikrofon dicapai dari tangan Fareena.

"Dah naik menanah telinga aku ni..dengar kau asyik nyanyikan lagu ni.."ngomel si Mya. Meletakkan semula mikrofon di atas meja.

"Setiap kali datang ke sini, lagu ni juga yang kau nyanyikan..dah lah..aku nak balik!" Mya berkata meninggalkan Fareena melayan perasaannya sendirian. Lagu itu kembali dipilihnya untuk dinyanyikan sehingga habis tempoh 2 jam waktu bilik kalis bunyi itu disewanya.

Dalam tempoh itu dia mengabaikan semua panggilan telefon dari bekas teman lelakinya itu. Perkahwinan Khalid Ammar telah diaturkan rapi oleh dua belah pihak. Fareena sedar, ada baiknya semua ini berlaku.

Keluarga Khalid Ammar tidak pernah merestui percintaan mereka. Sudah banyak kali juga Fareena meminta perhubungan cinta mereka diputuskan. Tapi, Khalid Ammar tetap berdegil untuk bersama Fareena.

Demi melupakan kesedihannya Fareena menyibukkan dirinya dengan bekerja. Banyak tawaran kerja luar iaitu 'freelance' diterimanya. Jika sebelum ini, waktu hujung minggu dihabiskan keluar 'dating' dengan Khalid Ammar.

Sebaliknya waktu itu, dia menyiapkan tugasan luar di rumah. Kegiatan baru itu berterusan sehingga dia ditemukan dengan Dae Hyun.

🌷🌷🌷Bersambung🌷🌷🌷

💌 AUTHOR'S NOTE : Please vote guys.. leave comment. Thank you so much.. 😘😘😘

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now