Bab 20 - I will back to Korea

124 3 5
                                    

Fareena telah bersiap ke tempat kerja seperti biasa. Manakala Dae Hyun, awal awal lagi telah ke kedai Pak Abu. Sudah beberapa hari Dae Hyun tidak ke sana. Pekerjaan Fareena di pejabatnya berjalan seperti biasa. Sehinggakan pada tengah hari, dia tidak sempat menjamah makanan. Seperti biasa, Dae Hyun telahpun mengirimkannya bekal makanan untuknya.Tapi bukan Dae Hyun yang mengirimnya, tetapi budak rider penghantar makanan yang bekerja dengan Pak Abu. Difikirkan balik, Fareena menganggap bahawa Dae Hyun sedang sibuk di kedai Pak Abu.

Ring..Ring..Ring..

Telefon bimbit Fareena berbunyi. Nombor yang cukup familiar baginya. Dibiarkan sahaja telefon itu bergetar sehingga ianya mati sendiri. Khalid Ammar, siapa lagi. Tidak pernah jemu mengacau hidup Fareena. Gara-gara dialah, suaminya jadi cemburu beberapa hari lepas.

Sedar tidak sedar jam sudah pun berganjak ke pukul lima petang. Cepat betul masa berlalu. Badannya merasa penat dan sengal. Ditambah 3 hari lepas dia banyak 'bersenam' di atas katil.

Mengingatkan tentang itu, dia ingin singgah bertemu dengan suaminya yang dirindui. Baru sehari tidak berjumpa sudah terasa beban rindu yang ditanggungnya. Sehinggakan Fareena tidak teringat status diri Dae Hyun yang dahulu.

Setelah siap berkemas, Fareena terus memecut laju kereta usangnya itu menuju ke destinasi yang diingini. Dalam hatinya berbunga riang.

"Assalamualaikum Pak Abu," sapa Fareena tatkala dia bertentang mata dengan Pak Abu.

"Waalaikumussalam , kamu rupanya?"salam dijawab.

"Hai..hairan betul aku, sudah makin kerap kamu ke sini..." sindir Pak Abu bersahaja. Tersipu-sipu pula Fareena akan kata-kata Pak Abu itu.

"Kalau suami kamu Dae Hyun yang kamu cari, haaa.. nak beritahu kamu, dia dah balik petang tadi.." jelas Pak Abu. Wajah Fareena kehairanan.

"Ada ke dia cakap pergi ke mana?" soal Fareena lagi tidak puas hati.

"Entahlah aku..nampak macam tergesa-gesa aku tengok!" ucap Pak Abu.

"Ooo.., kalau macam tu, saya balik dulu ye Pak Abu." bagitahu Fareena.

"Emm..mungkin dia ada di rumah barangkali.." Fareena beredar setelah diberitahu sebegitu oleh Pak Abu.

Jika dahulu dia tidak pernah ingin ambil tahu akan keberadaan suaminya itu. Selepas mereka bersama, kali ini cukup mengusarkan hatinya. Dalam hatinya cuma mampu berdoa semoga Dae Hyun baik-baik sahaja.

Apabila tiba di rumah kelihatan motor usang Dae Hyun.

"Sudah ada di rumah rupanya.." Fareena bercakap sendiri. Fuh...Jiwanya terasa lega. Hatinya seakan melompat keriangan. Namun, cuba dikawal sebaik sahaja langkah kakinya masuk ke rumah.

Kelihatan Dae Hyun sedang berbaring di atas sofa. Matanya rapat tertutup. Fareena mendekati tubuh suaminya. Lalu dikucupnya tangan Dae Hyun.

"Sayang.." sapa Dae Hyun yang tersedar kehadiran Fareena. Ditarik Fareena ke sisinya.

Dia tersenyum melihat bidadari hidupnya di depan mata. Wajahnya kepenatan. Timbul penyesalan di lubuk hati Fareena. Jika dia tahu dia tidak akan berbuat apa apa tadi.

"Are you okay? Dae Hyun, you look tired?" soal Fareena kebimbangan akan kondisi Dae Hyun.

"A little bit, I am fine, don't be worry.." Fareena lega.

Dia meminta diri untuk bersihkan tubuh sekali gus menunaikan solat maghrib.

******

Setelah selesai berpakaian, Fareena duduk di sebelah Dae Hyun yang sedang menonton berita di kaca televisyen. Kusyuk betul mendengar.

'Faham ke bahasa melayu?' hati Fareena mengumam.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now