Bab 28 - Kabur semua pandangan

147 4 0
                                        

Fareena membuka pintu rumahnya. Rupa-rupanya, Dae Hyun telah beredar dari situ. Apakah dia sangat berdosa sekarang ini? Sedangkan mereka masih lagi suami isteri. Malam ini, dia telah melihat sendiri betapa kecewanya Dae Hyun mendengar pengakuan palsunya tadi.

Suasana seolah-olah kelam saat ini, Fareena melangkah masuk ke kamar lalu merebahkan diri. Perutnya masih belum hilang sebunya. Lapar, tapi tiada selera untuk menjamah makanan.

Dia mengharapkan ini yang terbaik untuk mereka berdua

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia mengharapkan ini yang terbaik untuk mereka berdua. Tangisan Fareena semenjak tadi belum berhenti. Entah bila matanya mulai terlelap.

Pada keesokan paginya, Fareena memohon cuti. Dia sungguh tidak berdaya, tidak bertenaga. Hari ini, dia ingin menyudahkan borang semalam yang diberikan oleh pembantu Seo kepadanya.

Whatsapp @ 12.00 pm

FAREENA,

MALAM NI, MAJLIS PERPISAHAN DAE HYUN DI KEDAI MAKAN PAK ABU. BARBEKU TAU, JANGAN LUPA DATANG.

Pesanan Whatsapp daripada Mya diterima.

Whatsapp @ 12.10 pm

OK!

Pesanan Whatsapp dibalas.

Masalah kemelut rumahtangga mereka belum diceritakan kepada Mya. Mungkinkah pada fikiran mereka semua, itu tidak memberi kesan kepada perasaan Fareena dan Dae Hyun. Mereka kan sedia maklum, perkahwinannya sekadar menutup kesalahan malam itu.

Air mata jatuh lagi. Fareena masih tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Apakah orang-orang di luar sana tahu perasaan sebenarnya terhadap Dae Hyun. Apakah sebab Dae Hyun hanya seorang pelarian, dia tidak boleh mencintai lelaki itu?

*****************

DI HOTEL

Langsir kalis cahaya masih tertutup rapat

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langsir kalis cahaya masih tertutup rapat. Hampir tiada satu cahaya pun yang masuk. Meskipun matahari sudah meninggi tegak. Malahan, penghuni kamar itu masih nyenyak lagi tidur dibuai mimpi.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang