Dua hari di hujung minggu telah pun berlalu. Hari ini adalah hari Isnin. Fareena bekerja seperti biasa. Jawatan sebagai pembantu arkitek sepertinya tidak boleh duduk diam.
Lebih-lebih lagi, projek mega di bekas tapak gudang lama itu telah pun bermula. Semua rangka jadual kerja mesti berjalan mengikut aliran yang telah dirancangkan. Ini adalah bertujuan untuk mengelak sebarang kerugian kepada syarikat dan kelewatan projek.
Sudah beberapa kali telefon bimbit Fareena berbunyi. Sehingga mengganggu tumpuan rakan sekerja yang lain. Dia terlupa membawanya dan sekarang dia berada di tapak gudang yang mana dia menemui Dae Hyun.
Pembangunan untuk pembinaan semula tapak itu semakin rancak. Perjumpaan dengan pemilik tanah dan para pelabur. Mereka telah membuat usaha sama dalam projek pembangunan semula tapak berkenaan.
************
~'Take Care'~?😊
Dae Hyun membaca nota ringkas beremoji senyum yang dilekapkan pada bekas mangkuk tingkat besi di atas meja. Dari awal pagi lagi, Dae Hyun mendengar bunyi enjin kereta Fareena. Melihat pada bekas makanan itu, Dae Hyun merasa lapar yang amat. Ada empat tingkat bekas yang berlainan lauk. Nasi pula masih dalam mode 'warm' di tepi mesin penapis air.
Bau aroma lauk yang menerpa ke deria bau Dae Hyun sangat mengujakannya. 'Hidu baunya pun sudah menyelerakan..' puji Dae Hyun di dalam hati.
Dae Hyun mencuba sup ayam dan menghirupnya. Membulat biji mata Dae Hyun.
'Ternyata masakannya enak!!' puji lagi Dae Hyun. Lauk yang lain tidak sempat dihabisnya.
Mungkin petang nanti dia akan makan jikalau perutnya lapar kembali. Dikemasnya dengan rapi ruangan dapur. Dia menelan ubat yang masih berbaki. Nampaknya jahitan di lukanya makin menyembuh. Dia sendawa kekenyangan.
Tatkala itu, Dae Hyun tergelak kecil. Dia kagum dengan kesanggupan Fareena membekalkannya makanan sebelum bergegas ke kerja. Pukul berapa agaknya si Fareena bangkit dan memasak untuknya.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romance[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...