Pembantu Seo cuba menghubungi Dae Hyun melalui telefon bimbitnya, tapi tidak berjawab. Hampir satu jam Dae Hyun menghilang. Masing-masing sudah terlelap akibat minum terlalu banyak. Esok pula mereka perlu bersiap sedia untuk konsert comeback yang sudah lama dirancang.
"Hyung Seo, boleh hubungi Dae Hyun tak?" tanya Jaemin, memaut Bobby yang sudah mabuk. Masing-masing sudah tidak sabar mahu pulang. Apatah lagi cuaca yang semakin sejuk sampai ke tulang. Tidak sanggup mereka berada di luar.
"Kita balik dengan teksi sahaja, mungkin Dae Hyun lambat lagi.. telefonnya tidak diangkat.." cadang pembantu Seo. Hampa kerana panggilannya tidak diangkat oleh Dae Hyun.
"Baiklah kalau begitu..aishh.. ke mana pula si Dae Hyun ni pergi agaknya.." ngomel Jaemin. Dia pelik kerana Dae Hyun bukannya seorang yang mudah mungkir janji.
"Wah.. banyaknya salji.." tiba-tiba Bobby tersedar.
"Aduh..berat betullah kamu ni Bobby." Jaemin merungut kerana dia terpaksa bertahan dengan Bobby.
"Hyung.. tunggu sekejap, saya mahu buat hajat dulu pada hari pertama salji turun.." pinta Bobby yang masih mamai.
"Baiklah.. baiklah.." Jaemin menurut sahaja.
"Jaemin.. jomlah kita raikan suasana ini. Bukan selalu kita berpeluang.." ajak Bobby yang sedang melompat-lompat menikmati salji yang sedang turun waktu ini. Suasana sangat indah walaupun suhu makin membeku.
Mereka berempat turut serta setelah melihat aksi Bobby yang menyeronokkan. Bobby melontar kepalan salji kepada ZhouMi. Membuatkan ZhaouMi turut serta ingin membalas dendam akan perbuatan nakal Bobby. Tidak lama kemudian, teksi yang dipanggil pun tiba.
"Baiklah semua.. masa bermain telah tamat.. kita balik berehat kerana esok tugas kita lebih berat menanti.." pembantu Seo memanggil semua anak didiknya masuk ke dalam teksi. Malam ini akan menjadi tidur mereka sangat lena.
*************
Dae Hyun berasa berat hati untuk melangkah kaki meninggalkan Fareena di muka pintu. Sepertinya Fareena tidak ingin memberi peluang kepadanya langsung. Kata Fareena, esok dia akan berangkat pulang ke Malaysia.
Sedih hatinya terasa. Pertemuan mereka hanya sekejap. Fareena sedarkah yang dia menanggung rindu yang amat terhadap dirinya. Dan sekarang, dengan sewenang- wenangnya Fareena menyuruhnya pergi.
'Jangan lepaskan dia lagi Dae Hyun.' bisik hati kecilnya.
"It's over between us.." kata-kata terakhir Fareena mengejutkan Dae Hyun. Namun bagi Dae Hyun itu bukan yang dia harapkan.
"But..it's not over for me.." Tubuh Fareena ditolak Dae Hyun masuk sekali ke dalam kamar hotel.
"Dae Hyun!!" tindakan Dae Hyun buat Fareena kaget. Tubuh Fareena tersandar pada dinding. Dan mereka berdua begitu rapat.
"Ssshh.." Dae Hyun menarik kedua-dua sarung tangannya dengan mulut. Membuatkan Fareena pelik.
"Can I use the toilet for a while.." Dae Hyun bersuara. Membuat Fareena lega. Nyaris-nyaris sebentar tadi Fareena terfikirkan 'sesuatu'.
"Go, toilet inside.." Fareena tergelak kecil melihat Dae Hyun tergesa-gesa masuk ke dalam kamar mandi. Mungkin cuaca yang terlalu sejuk menjadikan Dae Hyun seperti itu. Fareena memasang lampu dan pemanas udara.
'Lama pulak dia kat dalam tu..' rungut Fareena di dalam hati. Namun, sejurus sahaja Fareena mahu memanggil nama Dae Hyun, dia pun keluar.
Kelihatan Dae Hyun telah membasahkan wajahnya. Baru sekarang Fareena dapat melihat dengan jelas wajah Dae Hyun. Yang mana daripada tadi, Dae Hyun tidak melepaskan topeng mukanya. Fareena memejamkan matanya supaya jangan mudah tergoda dengan rupa kacak Dae Hyun itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Storie d'amore[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
