Bab 54 - Lengkapkan borang ini!

144 4 7
                                        

Pembantu Oh datang mempelawa Fareena supaya turun bersarapan. Pesan Dae Hyun padanya tadi supaya menjaga makan dan minum Fareena dengan teliti.

Fareena terjaga dari tidurnya, jam sudah pukul 9.00 pagi. Sudah satu jam tertidur. Rupa-rupanya dia bermimpi. Dan dirinya masih lagi berada di dalam rumah Dae Hyun.

Di dalam mimpinya itu, Dae Hyun datang dan menghilang seperti asap. Dae Hyun masih lengkap berpakaian seperti yang dilihatnya pagi tadi. Berbaju panas putih. Dan yang pasti seolah-olah dirinya telah kembali ke Malaysia. Seakan betul apa yang dia alami itu. Mengapalah boleh termimpi mamat kpop tu pula? Kan mereka akan berpisah juga nanti.

 Mengapalah boleh termimpi mamat kpop tu pula? Kan mereka akan berpisah juga nanti

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Aunty, where is Dae Hyun?" soal Fareena.

"He's already go to work." jawap pembantu Oh.

"I see.." Fareena tersenyum, teringat akan mimpinya tadi.

"Come to breakfast, Miss Fareena." pelawa wanita tua itu.

Fareena cuba bangkit perlahan. Pergerakannya juga agak lambat. Terutama ketika mahu bangun dari katil atau kerusi. Mungkin juga pertambahan berat badannya sejak hamil.

Pembantu Oh hanya memerhati. Fareena tidak memakai hijab ketika itu. Lagipun hanya dia berdua sahaja dengan pembantu Oh. Lagi bertambah cantik pada mata pembantu Oh melihat Fareena yang selama ini hanya menutup kepalanya.

 Lagi bertambah cantik pada mata pembantu Oh melihat Fareena yang selama ini hanya menutup kepalanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sampai ke dapur, pembantu Oh telah siap menghidangkan sarapan. Roti bakar dan telur separuh masak. Bau susu pisang pun harum. Saat itu jugalah perut Fareena berkeroncong.

Setelah siap bersarapan, pembantu Oh meminta izin untuk pulang kerana tugasnya telah selesai. Sememangnya Dae Hyun sudah sedia maklum bahawa pembantu Oh akan bekerja sampai tengahari sahaja.

Makanan yang siap dimasak akan dibungkus rapi lalu disimpan di dalam peti sejuk. Jika Dae Hyun ingin makan, cuma panaskan sahaja. Fareena pun mengerti setelah pembantu Oh menerangkannya sedemikian.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang