Bab 75 - Memikat Dae Hyun

211 4 0
                                        


Katrina berkurung di bilik, hampir seminggu dia melayan perasaan sedihnya. Perasaan marah masih membara di hatinya. Dae Hyun menyingkir dirinya begitu sahaja. Malu yang dialami dia dan keluarganya masih hebat diperkatakan di media sosial terutamanya dikalangan para peminatnya.

Katrina mengharapkan Dae Hyun akan menghubunginya. Ahli band Dae Hyun, Bobby atau ZhouMi akan menjadi mangsa seterusnya.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pujukan daripada Presiden Kang dan Puan Kang tidak berjaya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Pujukan daripada Presiden Kang dan Puan Kang tidak berjaya.

"Kat, sampai bila kamu mahu seperti ini. Hentikan semua ini." Suara pujukan si bapanya tidak diendahkan.

"Aku sangat cintakan kamu, Dae Hyun. Impian hidup aku hanya ingin bersama Dae Hyun." Ucap Katrina sendiri. Obsesinya terhadap Dae Hyun tidak dapat dibendung lagi.

Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Dae Hyun. Tapi tiada sebarang jawapan. Yang menjawab hanyalah suara operator. Niatnya cuma ingin menyambut tahun baru bersama-sama. Seperti tahun lepas. Turut serta sekali enam ahli band MeetsUp.

Dia teringat akan rancangan Tuan Cha baru-baru ini. Kedua ibubapa Dae Hyun dan ibubapanya sedia melancarkan rancangan mereka supaya dia dan Dae Hyun berjaya disatukan menjadi suami isteri. Seperti kata-kata Tuan Cha kepada Katrina;

"Kamu perlu hebahkan pada wartawan yang kamu sedang buntingkan anak Dae Hyun." jelas Tuan Cha.

Bila memikirkannya, untuk mendapatkan Dae Hyun dia sanggup merendahkan harga dirinya.

Sambil mengesat air mata, Katrina bersiap-siap untuk berjumpa dengan bakal ayah mertuanya bagi meneruskan rancangan mereka itu.

*******************

Setiba Katrina di bangunan menara setinggi 120 tingkat milik Tuan Cha. Dia diiringi oleh beberapa orang pekerja Tuan Cha. Sebaik pintu dibuka, Tuan Cha sudah menanti Katrina.

"Silakan masuk bakal menantuku." Sambut Tuan Cha dalam nada gembira. Semua pekerja Tuan Cha beredar meninggalkan mereka berdua.

"Akhirnya kamu setuju dengan rancangan kami semua." Satu keping kad perniagaan dihulurkan kepada Katrina. Gadis itu mengerut dahi. Kehairanan.

"Apakah ini?" Kad kecil itu disambut, serta dibelek depan dan belakang. Matanya membulat setelah memahami maksud bakal bapa mertuanya itu.

"Adui, Tuan Cha, masih ada lagi ke orang guna cara begini untuk memikat lelaki?" Katrina ragu-ragu. Tuan Cha tersengih.

'Budak-budak sekarang tidak tahu apa-apa.' Rungutnya sendiri.

Dengan bantuan sebegitulah, dia berjaya mendapat apa yang ada seperti sekarang. Walaupun dianggap kolot dan tidak logik. Dia tahu, ramai juga manusia kenamaan seperti menteri dan ahli perniagaan terlibat menggunakan cara sama sepertinya.

"Haha, tak mengapa Katrina. Nanti kamu mainkan peranan kamu sahaja untuk memikat Dae Hyun. Bila tiba masanya, kita akan bertindak!" Penuh kata semangat Tuan Cha ajukan kepada Katrina.

Kini, perasaan Katrina sedikit lega. Tuan Cha sangat bersungguh untuk membantunya mendapatkan Dae Hyun buatnya.

"Terima kasih sangat Tuan Cha, saya betul-betul terharu dengan pertolongan Tuan Cha." Katrina terus memeluk erat Tuan Cha. Airmatanya dikesat.

"Ish kamu ni, Kat. Panggil bapa mulai sekarang. Tak usah ber-tuan dah." Ucap Tuan Cha.

"Hurm.. baiklah bapa." Katrina membalas.

🌷🌷🌷BERSAMBUNG🌷🌷🌷

💌AUTHOR'S NOTE : 🥲
>>>NEXT CHAPTER>>>

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang