Bab 46 - Ucapan yang mengharukan

164 3 0
                                    

Telefon di tangan Dae Hyun bergetar. Dia sempat mengunci alarm pada pukul 5 pagi. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia sendiri tidak sedar saat dia terlelap tadi. Walaupun sekejap, hatinya merasa puas kerana dapat menemani Fareena satu malam. Sebentar lagi, dia terpaksa pergi sebelum staff hospital tiba ke wad itu. Jika dia tertangkap, akan menjadi masalah besar buatnya.

"Sayang.. abang akan datang lagi esok.." dia sempat mengucup lembut bibir mulus Fareena sebelum pergi. Selepas keluar dari ruang sakit itu, dia terus menghubungi pembantu Seo.

"Hyung.. saya akan datang sekejap lagi.." pembantu Seo setia menunggu Dae Hyun di tempat letak kereta.

"Baiklah, saya tunggu.." jawab pembantu Seo.

*************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*************

Semasa perjalanan Dae Hyun balik ke asrama, wajahnya begitu suram. Pembantu Seo tidak tergamak untuk bertanya apa-apa mengenai keadaan Fareena.

"Hyung, boleh kamu pindahkan Fareena ke wad yang lebih selesa.. bill rawatannya tolong selesaikan sekali.." suara Dae Hyun memecah kesunyian antara mereka.

"Selepas ini, apa rancangan kamu?" pembantu Seo ingin tahu.

"Hurm.. saya tidak tahu, hyung.." jawab Dae Hyun.

"Adakah kamu akan izinkan dia balik ke Malaysia semula?, sepertinya jodoh kamu berdua sangat kuat. Sejauh mana takdir memisahkan kamu, kamu berdua tetap dapat bersua kembali." kata-kata daripada mulut pembantu Seo ada betulnya pada pendapat Dae Hyun.

"Kenapa kamu fikirkan seperti itu, hyung?, bukankah dulu kamu yang berkeras ingin kami berpisah." ujar Dae Hyun lagi.

"Dia masih lagi isteri kamu, jika kamu izinkan dia pulang ke Malaysia, kamu harus melafazkan cerai kepada dia secara sah di sini. Dengan segera. Tergamakkah kamu melepaskan dia di sana, digantung tanpa bertali?" hujah pembantu Seo.

"Entahlah hyung, saya masih cintakan dia. Terlalu cintakan dia." Dae Hyun memejamkan matanya. Perkataan 'berpisah' kedengaran sangat tajam bagi Dae Hyun. Pembantu Seo hanya mengerling saat Dae Hyun mengatakan cintanya pada Fareena masih kuat.

"Baiklah, kamu berehat dulu apabila sampai di asrama. Akan saya jelaskan kepada kawan-kawan kamu perihal kamu itu nanti.

"Terima kasih hyung.." ucap Dae Hyun ikhlas. Jika diberi pilihan dia sanggup meninggalkan dunia dia sekarang ini demi hidup bersama Fareena.

************

Lebih satu hari Fareena terbaring di atas katil hospital. Matanya sangat kabur saat ini. Sebaik sahaja bangun, dia seolah-olah merasa tangannya digenggam erat oleh seseorang. Masih lagi terasa hangat sentuhan itu. Adakah dia cuma bermimpi. Dia ingin melihat sekeliling. Tapi matanya seolah berat untuk dibuka. Di benaknya terasa bingung. Di manakah dia berada sekarang.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now