Setelah mendapat pengkhabaran daripada Dae Hyun tentang penculikan Fareena sebentar tadi. Pembantu Seo terus memaklumkan kepada para polis dan penyiasat upahannya. Kedengaran seperti Dae Hyun sudah nekad untuk menyelamatkan Fareena. Perkara ini amat membimbangkannya.
Dae Hyun sudah tidak mendengar nasihatnya. Perkara ini makin membimbangkan jikalau Dae Hyun tidak ingin melepaskan Fareena dan lagi parah jika sampai kepada Tuan Cha.
Sememangnya pembantu Seo mengganggap dirinya seorang yang amat pentingkan diri. Tidak mengendahkan saat Dae Hyun meminta bantuan daripadanya. Tetapi, jika fikir secara logik, apalah yang mampu dia dan Dae Hyun lakukan untuk menyelamatkan Fareena?
Mereka tidak mempunyai senjata mahu pun alatan yang sesuai untuk pergi berperang dengan Seung Joon. Yang sememangnya mempunyai angkatan pengikutnya sendiri. Berjuang seperti itu seumpama membunuh diri sendiri.
Kini para pihak berkuasa yang bekerjasama dengan pihak polis antarabangsa sedang menjejaki lokasi terakhir di mana Dae Hyun berada setengah jam yang lalu. Kini mereka siap bertempur habis-habisan sehingga Seung Joon keparat itu mengalah.
**********
"Huh..huh..sayang.." tiba-tiba tubuh Dae Hyun bergerak. Terbatuk-batuk sedikit.
"Buat sekali lagi.." Dae Hyun bersuara. Walau mata masih terkatup.
"Dae Hyun.. awak sudah sedar?" Fareena bertanya. Dae Hyun sempat tersenyum.
"Sekali lagi.." kurang jelas di telinga Fareena.
"Apa dia??" Fareena tidak jelas akan butir tutur Dae Hyun.
"Kiss me one more.." bulat mata Fareena. Dia sedikit malu.
"Don't make a joke right now.." bidas Fareena. Turut sama ketawa dengan permintaan Dae Hyun.
"You are such like an angel, Fareena.." Puji Dae Hyun.
"Walaupun mata abang masih tertutup..tapi.. membayangkan wajah cantik sayang buatkan abang bersemangat kembali.." Dae Hyun berkata kepada Fareena.
Dan dia gagahi juga untuk bangkit dari baringannya di ribaan Fareena itu. Fareena cuba tersenyum dengan ucapan manis daripada Dae Hyun itu.
"Dae Hyun..kenapa awak ke mari?" Fareena bertanya sambil mengusap air mata di pipi.
"Bukankah..huh..bukankah kita sepatutnya berjumpa di mahkamah nanti.." sendu tangisan Fareena semakin kedengaran.
"Awak tak datang..jadi...jadi..saya mahu jemput awak di sini.." ucap Dae Hyun lalu dia ketawa sendiri. Darah dari luka pukulan tadi berleceran keluar bersama air liur Dae Hyun. Tangisan Fareena semakin deras.
"Jangan bercakap lagi, Dae Hyun..awak cedera parah.." Fareena cuba menenangkan Dae Hyun.
"Maafkan abang, sayang..maafkan abang.." perlahan-lahan mata Dae Hyun terkatup kembali.
"Mengapa mereka ingin sangat membunuh awak Dae Hyun?, apakah salah awak kepada lelaki itu.." Fareena bertanya meskipun tiada jawapan daripada Dae Hyun.
Beberapa minit telah berlalu. Dae Hyun telah bangkit dari ribaan Fareena. Fareena cuba membantu sedaya mungkin bertongkatkan lengannya. Dae Hyun mengambil nafas dan mengumpul kembali tenaganya. Matanya kini boleh celik luas.
Dia tidak menyangka dia kembali menjadi tahanan Seung Joon. Tapi yang malangnya, kali ini dia terpaksa mengheret Fareena bersama di dalam kemelut dendam Seung Joon. Kasihan melihat keadaan Fareena sekarang. Kelihatan lemah.
'Mesti Fareena belum menjamah makanan semenjak semalam lagi..' Hati Dae Hyun terdetik. Dia teringat akan makanan yang belum terusik di dapur pagi tadi.
Wajah Dae Hyun cuba mendekat ubun-ubun kepala Fareena. Dikucupnya sekali. Tubuh mereka merapat. Walaupun tangan masih terikat. 'Maafkan abang, sayang..' bisik hati Dae Hyun.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romansa[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
