Bab 26 - Kenapa kamu curangi saya

198 2 2
                                    

Di rumah sewa Fareena.

Tanpa disedari oleh mereka bertiga, konco-konco penjahat upahan Seung Joon sedang menjalankan tugas mereka. Telah berhari-hari mereka memburu bayang Dae Hyun. Untung mereka, malam ini Dae Hyun telah muncul dengan sendiri.

Pada mulanya, Fareena dan Khalid Ammar yang mereka lihat menuju masuk ke perkarangan rumah sewa itu. Tidak lama selepas itu diikuti oleh Dae Hyun.

Lagak Dae Hyun begitu cemas, tatkala keluar daripada kereta. Pemerhati sekadar menanti drama apa yang bakal muncul.

"Hello, bos.. nampaknya Dae Hyun muncul lagi di rumah perempuan tu.. Apa tindakan bos?" mereka menelefon kepada Bob.

"Kamu tunggu dulu di situ, cari masa dan tempat yang sesuai untuk bertindak, tidak lama lagi Dae Hyun akan masuk dalam perangkap kita. Kali ni, biar dia sendiri yang menyerah diri." diikuti ketawa puas Bob.

" diikuti ketawa puas Bob

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

************

Khalid Ammar membuka pintu pagar untuk Fareena. Ini kali pertama Fareena mempelawanya masuk ke rumah itu. Sebelum ini, Fareena mereka pelbagai alasan. Namun begitu, dalam hati Khalid Ammar merasa impiannya untuk membuat Fareena balik semula ke pangkuannya hampir separuh jalan. Mungkin esok lusa, Fareena bersetuju diceraikan oleh Dae Hyun.

"Khalid, silalah masuk..saya mahu tukar baju dulu sebelum kita keluar." Fareena merasa tidak yakin akan ucapannya. Tiba-tiba sahaja Dae Hyun akan muncul.

 Tiba-tiba sahaja Dae Hyun akan muncul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Fareena!!!" detummm. Pintu dihempas dengan kuat. Bagai ingin luruh jantung Fareena.

"Apa semua ini?" Dae Hyun yang tiba-tiba masuk membuat Khalid Ammar pun turut kaget.

"Kenapa kau tiba-tiba ada di sini?, keluar sekarang!!" Khalid Ammar menolak tubuh Dae Hyun.

Sebaliknya dibalas dengan beberapa pukulan ke muka dan badan Khalid Ammar. Mereka terus berbalas tumbukan. Habis berantakan ruang tamu itu. Fareena sudah buntu. Tidak tahu memikirkan apa yang harus di lakukan.

"Stop..stop it Dae Hyun.." ditolaknya tubuh tinggi Dae Hyun itu.

"Apa permainan kamu sebenarnya Fareena. I am still your husband, right?" ucap Dae Hyun dalam kepenatan.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now