[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Di balik jerigi besi itu, seorang lelaki sedang menahan amarah dendamnya. Park Seung Joon kini telah dipenjarakan. Dihukum 21 tahun penjara kerana kes menyeludup dadah, menculik dan memperdagangkan manusia. Hukuman itu belum cukup setimpal dengan dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Kisah beberapa bulan lepas masih utuh diingatannya. Tidak menyangka bahawa Cha Dae Hyun masih bernyawa lagi. Tindakan para pengikutnya menolak Dae Hyun adalah saat paling bahagia baginya. Seung Joon sempat lagi menembak beberapa das ke arah tubuh Dae Hyun. Sehingga lelaki itu jatuh tidak berdaya melawannya. Lalu mengarah pengikutnya menolak Dae Hyun menjunam jatuh ke dalam laut.
“Bos, maafkan kami, saya dan beberapa orang lagi yang lain terpaksa bersembunyi. Ini sahaja maklumat yang dapat kami perolehi.” Beberapa photo Dae Hyun di telefon bimbit ditunjuk.
“Haha..Kau sungguh bertuah kali ini, budak.” menyirap darah Seung Joon.
Beberapa photo Dae Hyun bersama ahli bandnya berada di tangan Park Seung Joon.
“Kami akan cuba untuk keluarkan bos daripada sini secepat mungkin.” ucap seorang peguam yang dilantik.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Bagaimana dengan perempuan tu?” tiba-tiba sahaja Seung Joon teringat akan Fareena.
“Apa yang kami maklum, isterinya percaya bahawa Dae Hyun telah mati ketika kejadian di gudang hari itu. Mungkin hubungan mereka setakat itu sahaja. Jika benar Dae Hyun masih mencari isterinya. Mesti Tuan Cha adalah orang pertama yang menghalang.” Seung Joon mengangguk.
“Baik, kamu semua cepat keluarkan aku dari sini. Sudah lama aku tidak jejakkan kaki ke Korea.. haha." Seung Joon mengemam mulutnya. Di dalam hatinya, kini tersemat satu keazaman baru.
"Baiklah, masa pertemuan sudah tamat." laung pengawai penjara.
“Ingat apa yang aku minta.” laung Seung Joon sambil tangannya dipaut erat oleh 2 orang pegawai penjara.