Bab 74- Maafkan aku! Dae Hyun.

154 3 0
                                    

Setelah mendengar penjelasan Dae Hyun kepada teman-temannya. Jaemin mengambil udara di luar. Mengasingkan dirinya dan cuba menghadam situasi tadi.

Nampaknya teman-temannya yang lain sedang berbual dengan wanita yang baru dikenalkan oleh Dae Hyun sebentar tadi. Entah apalah yang bersungguh sangat masing-masing. Teruja semacam dengan wanita yang bergelar isteri Dae Hyun itu.

Mulut Bobby dan yang lain begitu ramah dengan wanita yang baru diperkenalkan tadi. Hati Jaemin sedikit hampa. Entah kenapa.

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan oleh mereka tiba. Nampaknya mereka semua akan berparti pada malam ini.

Pandangan Jaemin jauh merenung ke arah Laut China Timur. Dia berseorangan di birai beranda rumah. Suara riuh teman-temannya sambil memanggang daging dan pelbagai makanan laut lagi di atas para bbq.

Sambil Jaemin asyik menghirup air bir, Dae Hyun datang menghampirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sambil Jaemin asyik menghirup air bir, Dae Hyun datang menghampirinya. Jaemin membalas dengan senyuman. Dae Hyun sekadar diam sambil matanya memandang ke arah langit yang berkelip dengan bintang. Sekali-sekala, kedengaran hembusan nafas kesejukan mereka berdua.

"Tak sangka, kan?" Jaemin membuka bicara.

"Hurmm." Dae Hyun memalingkan wajahnya kepada Jaemin.

"Kau begitu pandai menyimpan rahsia, Dae Hyun." Ujar Jaemin dengan nada mendatar. Sekali sekala meneguk bir ditangannya.

Dae Hyun tidak terus menjawab. Sebaliknya merenung kepada Jaemin. Dae Hyun mati ayat sekejap.

"Erm.. entah macam mana mahu mulakan." Dae bersuara. Jaemin masih bersabar.

"Kau cintakan perempuan itu?" Tiba-tiba soalan itu yang terpacul keluar daripada mulut Jaemin.

"Soalan apa ni, Jaemin? Haha.. sudah tentulah aku cintakan dia. Dia wanita pertama aku cinta. My first love." Jawab Dae Hyun sambil tergelak dengan pertanyaan lucu temannya itu.

"Oh.. saja.. aku cuma nak pastikan." Jaemin mencari alasan di sebalik pertanyaan itu. Walhal dia sendiri sudah tidak keruan akan kehadiran wanita yang bernama Fareena itu di kalangan mereka semua. Segalanya tiba-tiba menjadi kekok.

Masih segar lagi ingatannya di malam itu. Senyuman yang pernah dilihatnya sama pada wanita itu. Sungguh tidak disangka wanita itu rasmi milik Dae Hyun. Isteri sah teman baiknya. Tetapi kenapa hatinya cuba menyangkal kebenaran itu?

Semenjak pertemuan pertamanya dengan Fareena di pasar lambak beberapa minggu lepas. Jaemin seolah dihantui bayangan Fareena. Wajah Fareena masih lekang bermain dipikiran Jaemin.

"Hey.. Jaemin, bertenanglah. Aku ada alasan aku sendiri merahsiakan semua ini." Pujuk Dae Hyun. Jaemin kembali ke dunia nyata semula. Jaemin sekadar membalas dengan senyuman hambar.

"Cantik orangnya." Ucap Jaemin memujuk perasaannya yang semakin bergetar saat ini.

"Itu tak aku nafikan. Rupanya itu bonus. Tapi keikhlasan Fareena yang membuat aku terpaut hati pada dia." Dae Hyun berterus terang. Jaemin mengangguk tanda setuju.

"Lama lagilah isteri kau di sini, agaknya?"Jaemin semakin rancak bertanya.

"Itu aku belum pasti, nanti aku minta pembantu Seo untuk menguruskan visa Fareena. Aku berharap Fareena boleh menetap lama di korea sehingga bayi kami lahir nanti." Jelas Dae Hyun tanpa berselindung lagi akan kehamilan Fareena.

"Bayii..?" Muka Jaemin berkerut sambil membuat isyarat tangan orang mengendong bayi. Terus Dae Hyun tergelak besar. Jaemin masih terpinga-pinga. Adakah itu gurauan lagi daripada Dae Hyun. Semakin sukar untuk mempercayai kata-kata Dae Hyun selepas hal tadi.

"Sudah masuk 4 bulan kandungan Fareena. Aku sendiri pun tak percaya. Aku tahu semasa Fareena warded tempohari. Jika aku tak berjumpa langsung dengan Fareena. Sampai ke sudah aku tak tahu bahawa aku ada anak. Syukurlah, Allah pertemukan kami semula." Ucap Dae Hyun dengan perasaan yang mendalam.

"Ibubapa kau tahu pasal hal ini?" Jaemin bertanya lagi. Lantas Dae Hyun menjawab.

"Sudah. Malah, kehadiran Fareena di sini pun mereka semua tahu. Begitu juga anak kami. Hurm, macam kau tak kenal ayah aku? Lambat laun mereka akan tahu juga." Ujar Dae Hyun.

"Bagaimana pula dengan Tuan Kang dan Katrina?" Dahi Dae Hyun berkerut.

"Aku lari ke sini sebab inilah. Aku takut Fareena diapakan. Selama ini, Fareena tinggal serumah dengan aku. Di Villa aku." Satu persatu rahsia terungkap.

"Tak hairanlah kau bermatian menentang rancangan orang tua kau untuk bertunang dengan Katrina. Oh ya! Kau pasti isteri kau selamat di sini?" Soalan cepu emas.

"Aku hanya mampu berdoa, Jaemin. Minta semoga kami selamat, tabah dan terus bersama dalam suka mahupun duka." Ucap Dae Hyun.

Tidak lama kemudian, beberapa orang teman mereka datang.

"Hey, apa yang rancak sangat kamu berdua bualkan?" Bobby datang mendekati. Sambil berpeluk tubuhnya dek kesejukan.

"Dae Hyun ni.. berapa banyak lagi rahsia yang belum dia ceritakan pada kita." Ujar Jaemin kepada Bobby.

"Iyalah selama ni, muka ketat aje. Datang shooting pun nak mengamuk selalu. Rupanya ada masalah rumahtangga." Gelak Bobby.

"Entahlah, bila dipikirkan balik kelakar juga apa yang terjadi antara aku dan dia."

"Kenapa pula?!!" Hairan ZhouMi.

"Korang tahu, dari hari pertama kami bertemu sehinggalah tiba di sini, aku dan dia bertikam lidah sentiasa." Ujar Dae Hyun dalam nada mengeluh.

"Sabarlah. Adat resam rumahtangga sememangnya macam tu." Pujuk Jaemin.

"Huh. Berkat sabar aku selama ini, hubungan kami baik semula." Ucap Dae Hyun.

"Apa perancangan kau selepas ni, hyung?" Soal Bobby.

"Kami ni masih cuba hadam apa yang berlaku malam ni. Semua teka teki yang kami cuba ungkaikan terjawab sudah." Hyunbin mencelah.

"Hurmmm.. aku ikut kata hati dan takdir kami." Minuman bersoda karbonate di tangan Dae Hyun diteguk sehingga habis.

"Kami selalu ada di samping kau, Dae Hyun. Lagipun, kami senang dengan isteri kau tu." Pujuk ZhouMi sambil melaga tin minuman ke tin minuman milik Dae Hyun.

"Betul dia langsung tak kenal kau siapa selama ni?" Bobby masih dalam keraguannya.

"Betul! Setahu aku Fareena bukan kaki layan sosial media. Selama ini, aku tak pernah jumpa akaun facebook , instagram atau socmed yang berkaitan. Jadi, tak hairan lah dia langsung tak tahu pasal aku dan kita semua." Jelas Dae Hyun.

Mata mereka sekali sekala memandang Fareena yang sedang membalikkan udang di atas para api.

"Hurm..  susah nak jumpa gadis macam dia sekarang. Yang tak pedulikan hal-hal remeh."

"Lagi satu, cantik!" Ujar Bobby tanpa berselindung.

"Itu aku paling setuju." Tak semena tin kosong Dae Hyun sempat dibaling ke arah ZhouMi. Tapi berjaya dielak. Mereka gelak bersama-sama.

"Eh, sudahlah. Aku ke sana dulu. Kasihan tengok Fareena masak seorang diri." Menyedari Fareena yang terkebil-kebil memasak dan mengelak asap. Maka, Dae Hyun meminta diri untuk menemani isterinya.

Jaemin merasa bahang cemburu tatkala Dae Hyun menghampiri Fareena lalu merangkul pinggang Fareena.

'Maafkan aku Dae Hyun. Seharusnya aku gembira melihat kau menemui kebahagian kau. Tetapi aku punya kelemahan yang kau tak tahu."
Jaemin berlalu masuk ke dalam rumah membiarkan temannya yang lain menikmati sambutan tahun baru.

🌷🌷🌷BERSAMBUNG🌷🌷🌷

💌AUTHOR'S NOTE : Jaemin🥲
>>>NEXT CHAPTER>>>

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now