Bab 22 - Ancaman buat Fareena

184 3 5
                                    

Pada keesokan harinya, awal-awal lagi Dae Hyun telah keluar dari rumah untuk menemui pembantu Seo selepas dipanggil melalui telefon. Banyak perkara yang ingin dibincangkan antara menurut pembantu Seo. Dae Hyun melangkah masuk ke dalam kamar bilik suite mewah, tempat penginapan pembantu Seo selama dia berada di sini.

 Dae Hyun melangkah masuk ke dalam kamar bilik suite mewah, tempat penginapan pembantu Seo selama dia berada di sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah, cuba kamu lihat foto-foto ini.." beberapa keping gambar bersaiz 5R di punggah ke atas meja bacaan. Terdapat beberapa gambar ketika dia berada di kedai Pak Abu dan juga ketika dia bersama dengan Fareena di pantai tempoh hari.

"Ini gambar yang dirampas dari budak-budak Mr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ini gambar yang dirampas dari budak-budak Mr. Park." terang pembantu Seo. Dae Hyun masih lagi menilik setiap keping gambar di tangannya.

"Jika kamu silap langkah, mereka yang ada di dalam foto ini akan menjadi mangsa kekejaman Seung Joon." terang pembantu Seo.

"Kamu kena anggap mereka semua ini bukan kepentingan kamu lagi, kerana itu adalah menjadi titik kelemahan kamu." Ujar pembantu Seo.

"Ini dokumen pengenalan diri kamu dan juga tiket penerbangan ke korea, nah!" Buku passport bersama kepingan tiket penerbangan dihulurkan di depan Dae Hyun.

"Mulai sekarang kamu menginap di sini." tegas pembantu Seo.

Foto ditangan Dae Hyun diramasnya geram. Tidak dapat dia bayangkan jika konco-konco Seung Joon dapat membuat kacau. Bukan dia tidak tahu macam mana permainan kotor musuhnya itu.

Fareena!!,nyawa dia mungkin yang pertama Seung Joon tarik jika Seung Joon tahu wanita itu isterinya.

Apa yang dia lakukan saat ini? Teringat akan amaran yang diberikan oleh pembantu Seo sebelum ini. Ibarat jangan cuba bermain dengan api jikalu tidak mahu rumah terbakar.

"Tuan Cha telah pun meminta bantuan polis interpol yang dipercayai untuk menangani perkara ini, Ingat!diharap kamu tidak lagi masuk campur. " Kali ini betul-betul keras nada suara pembantu Seo.

"Kamu harus segera pulang ke Korea, cukup-cukup kamu memberi perhatian kepada penduduk kampung itu." tambahnya lagi.

Dae Hyun hanya diam. Pandangannya jauh keluar jendela merenung suasana kesibukan bandar itu. Kosong baginya..'Ahh..Fareena..' matanya makin panas.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now