Bab 53 - Jagakan Fareena baik-baik

284 4 2
                                    

Dae Hyun tiba di syarikat rakamannya,
Ruangan di bilik hampir dipenuhi dengan ahli lembaga syarikat. Ahli MeetsUp juga ada bersama. Selepas kejayaan konsert comeback mereka beberapa hari lepas, pelbagai tawaran yang mereka dapat. Antaranya duta dan jurucakap produk berjenama.

Perayaan krismas akan tiba beberapa hari lagi. Mungkin mereka turut terlibat di dalam program yang berkaitan dengan kontrak jenama yang telah mereka tandatangani.

Mereka berlima cuma mendengar taklimat yang telah dirangka untuk mereka. En. Kim turut kelihatan dengan wajah bengisnya. Selepas 1 jam, mesyuarat selesai. Para pemegang saham syarikat telah pun beredar termasuk En. Kim juga. Yang tinggal mereka berenam.

"Arghhh.. ingatkan boleh berehat sekejap selepas konsert baru berjaya. Tapi semakin sibuk pula jadual kita." rungut bobby. Ahli lain hanya memandang satu sama lain.

"Sudah lah Bobby, sudah kemestian dekat-dekat perayaan kita akan sibuk dengan program macam-macam." pujuk Jaemin.

"Hyung, nanti kita sambut perayaan krimas bersama-sama ya, seperti tahun lepas." cadang Bobby. ZhouMi mengiyakan.

"Masih ingat, siapa yang datang tahun lepas?" gerangan 'seseorang' dipetik.

"Oh, saya masih ingat." jawap Bobby.

"Hyung Dae Hyun.. Krismas kali ni, jangan lupa jemput Cik Katrina sekali, seperti tahun lepas. Haha, bukankah kamu akan bertunang tidak lama lagi?" ZhouMi menyampuk.

Bulat mata Dae Hyun dengan permintaan merapu teman-temannya itu.

"Hey, korang semua kenapa tiba-tiba ni?," marah Jaemin akan usikan nakal semua.

"Erm. nanti saya fikirkan pasal itu." jawap Dae Hyun bersahaja. Sengaja mahu dia menjawap begitu supaya temannya semua tidak kecewa. Meskipun idea itu tidak disukainya.

"Jom lah semua, kita lepak di bilik latihan, ada beberapa lagu boleh kita praktikkan di sana." kata Jaemin.

Sementara ke bilik latihan, Jaemin dan Dae Hyun berjalan seiringan. Jaemin cuba membaca riak wajah Dae Hyun yang lain sejak beberapa hari lepas.

"Dae Hyun, kamu ada masalah yang ingin di kongsikan?" pinta Jaemin.

"Oh, tidak ada apa-apa lah, Jaemin." Dae Hyun mengelak.

"Kamu tidak akan bawa Katrina kan nanti?" soal Jaemin.

"Haha.. apa yang kamu fikirkan Jaemin?" Langkah kaki Dae Hyun berhenti.

"Saya dapat rasa kamu dalam masalah sekarang ini, kan Dae Hyun?" Mata Jaemin menatap tepat ke anak mata Dae Hyun. Dia tahu Dae Hyun bukan seorang yang pandai berbohong. Dae Hyun tidak menjawap.

"Adakah kerana 'Fareena'?" soal Jaemin.

"Apa maksud kamu, Jaemin?" pelik Dae Hyun. Macam mana Jaemin dengan sengaja menyebut nama wanita kesayangannya itu.

"Saya dengar kamu sebut nama Fareena sebelum ni. Selepas lihat imej mangsa di telefon Bobby. Adakah dia masalah kamu sekarang?" Jaemin seolah ingin mengorek rahsianya.

"Lupakan sahaja, saya mungkin tersasul kot ketika itu?" Dae Hyun menafikan.

"Oh.. begitu." ujar Jaemin.

"So, tahun ni kita akan meraikan hari krismas bersama, kan? seperti tahun lepas." ujar Jaemin. Dae Hyun menggangguk setuju.

Fikirannya terus memikirkan tentang Fareena, krismas akan tiba beberapa hari lagi. Mesti Fareena akan ditinggal keseorangan pada hari itu. Mungkin juga dia akan pulang lewat atau pun tidak pulang langsung ke rumahnya. Manakala Aunty Oh juga akan cuti bagi meraikan hari krismas bersama keluarganya.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now