Bab 67 - Cuba rasakan ini, 🔞

1.2K 3 2
                                    

Melihat kelesuan yang ditunjukkan Fareena, Dae Hyun tahu isterinya mesti kepenatan. Mungkin daripada petang semalam belum menjamah makanan. Di sebab itulah, dia segera menghubungi runner pasaraya mini yang selalu dihubunginya jika berada di sini.

"Disebabkan awak sakit, tunggu saja sini, abang akan bawakan makanan. Lepas makan, ambil ubat. Supaya cepat sembuh." ujar Dae Hyun.

"Jika saya sudah sembuh, habis tu???" soal Fareena. Dae Hyun buat-buat pekak.

"Just stay, jangan bergerak dari katil." pesan Dae Hyun. 'Nak mula lah tu bertegang leher balik..'desis Dae Hyun di dalam hati.

Beberapa minit kemudian, Dae Hyun datang bersama dulang berisi makanan. Tergaman juga Fareena melihat lelaki yang suam-suam dingin dihadapannya menyediakan semua ini. Fareena telan air liur. Hmm.. sedapnya..

"Buka mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Buka mulut...aaaa," arah Dae Hyun. Memaksa si isterinya membuka mulut.

"Eh, tak apalah, saya makan sendiri." Sudu di tangan Dae Hyun cuba dirampas.

"Shhhhsss.." Badan Fareena ditolak lembut menyandar pada kepala katil yang berlapikkan dua biji bantal. Lagak seperti bagi orang sakit di atas katil.

"Ok, this time, please listen to me, Fareena. Biar abang yang suapkan sayang." Fareena mengejilkan matanya. Cair dengan suara lembut Dae Hyun. Ini dah masuk kali kedua Dae Hyun menyuapnya makanan ketika sakit.

'Jika macam ni, boleh terlekat lama lagi aku kat korea ni..' Fareena memejam mata.

"Kenapa, tak sedap ke?" Dae Hyun terperasan kelakuan aneh Fareena tiba-tiba meletakkan sudu di dulang kembali.

"Tak, eh.. bukann.. okay je?" mengelabah Fareena menjawab.

"Kamu ke yang masak?" soal Fareena. Dae Hyun mengangguk. Dicubit sedikit nasi bersama ikan salmon panggang.

"Hurmm not bad, walaupun last minute." kembang kempis hidung Dae Hyun bangga memuji masakannya sendiri.

"Awak, kenapa tak makan sekali? kita share lah sama-sama." terdiam sekejap Dae Hyun. 

Oppss! Muka Fareena sudah berona merah. Cepat-cepat menelan baki makanan di dalam mulut. 'Salah cakap pula, aduii mulut ni.' maki Fareena pada diri sendiri.

"Ehemm.. okay-okay.. kita share, memang itulah tujuan abang bawakan satu hidangan sahaja."Dae Hyun buat-buat batuk sambil tangannya mengapai remote TV. Siaran berita berbahasa korea dibuka. Biarpun tidak difahami oleh Fareena.

Setelah bersuap makan, berkongsi pula dengan Dae Hyun, maka cepatlah makanan itu habis. Setelah itu, Fareena menelan beberapa biji pil.

"Nanti abang akan bawakan ubat untuk cuci luka pula, diam-diam jangan banyak gerak." pesan Dae Hyun. Tegas.

Melihat belakang tubuh Dae Hyun yang berlalu pergi membuatkan Fareena tersenyum. Sudah lama dia rindukan perwatakan Dae Hyun itu, seperti mereka mula-mula jatuh cinta dahulu. Airmatanya mulai bertakung sebak.

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now