Selepas beredar dari bilik, Dae Hyun membawa dirinya melepak di beranda rumah itu. Pandangannya jauh ke arah lautan biru di hadapannya. Memikirkan tindakannya sebentar tadi. Bibir yang mengucup Fareena tadi digosok lembut. Adakah perasaan yang sama juga dirasai oleh Fareeena? Cukuplah Fareena menduga dirinya tadi. Anggap sahaja tindakannya tadi sebagai pengajaran buat Fareena yang sentiasa curiga tentang perasaannya. Tidak berdosa pun, isteri sendiri kan.
'Abang harap awak sedar perasaan abang sekarang. Cinta abang hanya untuk Fareena seorang.' Ucapnya di dalam hati.
Dae Hyun masuk semula ke bahagian dapur untuk mengambil telefon bimbitnya. Tertera beberapa panggilan yang tidak berjawab. Sengaja Dae Hyun tidak mengangkat beberapa panggilan daripada Bobby. Mungkin teman-temannya risau akan keberadaannya sekarang di mana? Dae Hyun masak sangat dengan peel si Bobby tu.
"Mentang-mentanglah aku menumpang di rumah dia, buat-buat risau pulak." dengus Dae Hyun.
Serentak dengan itu, bunyi notis makluman di telefon bimbit. Memberitahu ada email yang masuk. Tertera nama pengirimnya adalah Bobby. Habis semua medium media sosial digunakan Bobby untuk menghubunginya.
'Hyung, di dalam email ini, kami sertakan attach file lagu-lagu yang belum lengkap digubah. Pastikan kamu menyiapkan tugasan ini. Cuba hasilkan seberapa banyak lagu sepanjang percutian ini. Bye Bobby.'
Sejurusnya itu, Dae Hyun hanya berada di studio rakaman milik Bobby itu. Komputer peribadi dibuka untuk melihat apa yang boleh dibuatnya. Beberapa peralatan muzik yang berdekatannya diuji satu persatu. Ruang itu agak kemas dan kurang berdebu. Dae Hyun berharap dengan tugasan barunya ini, dapat menghilangkan sedikit kekusutannya yang dialami. Sehinggakan masa berganjak ke petang tidak Dae Hyun sedari.
**************
Di hadapan laut, malam sudah melabuhkan tirainya. Dia menyelak venitian blind yang menutup tingkap. Fareena merenung ke langit yang berwarna jingga. Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib. Semenjak tengahari lagi, bayangan diri Dae Hyun menghilang. Agaknya Dae Hyun masih terkesan dengan tindakannya tadi.
Sambil berjalan terhinjut-hinjut, dan menahan perutnya. Fareena menuju ke ruangan dapur. Mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Mungkin dia boleh sediakan sesuatu untuk makan malam nanti. Dia tidak rasa Dae Hyun akan memasak untuknya lagi. Sampai sekarang pun, batang hidungnya tidak nampak.
"Ke mana perginya mamat K-pop ni?" sempat lagi mata Fareena melilau mencari suaminya itu. Takkan marah sampai tinggalkan dia seorang diri di sini.
"Apa yang ada di dalam peti ni ya?" Fareena membuka pintu peti sejuk. Sarat dengan pelbagai makanan segar. Jus dan susu segar tidak terkecuali. Fareena mencebik bibirnya.
"Hmmm.. not bad." ujar Fareena perlahan.
"Eeehem.. apa yang not bad?" tiba-tiba muncul Dae Hyun di hadapannya.
YOU ARE READING
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romantiek[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 "𝑊ℎ𝑎𝑡 𝐼 𝑐𝑎𝑛 𝑑𝑜 𝑦𝑜𝑢 𝑓𝑜𝑟, 𝐹𝑎𝑟𝑒𝑒𝑛𝑎?" "𝑇𝑎𝑘𝑒 𝑚𝑒 𝑓𝑎𝑟 𝑎𝑤𝑎𝑦" D𝑎𝑒 𝐻𝑦𝑢𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑖𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔𝑘𝑖𝑠 𝑘𝑒�...