[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fareena kini sedang berada di hadapan bangunan tinggi seperti alamat yang ada di tangannya. Dia ingin bertanya kepada pengawal keselamatan yang bertugas. Mungkin mereka boleh memberi jawapan kepada persoalannya itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Now, it's too late ma'am, if you have an appointment please come back tomorrow.." terang pengawal keselamatan yang sedang bertugas.
Hatinya sangat hampa apabila mengenangkan hari esok dia akan pulang ke Malaysia dan masa yang ada pula semakin suntuk. Hampir menitis airmatanya.Ternyata usahanya sia-sia sahaja dia datang mencari tahu hingga sampai ke sini.
"Ya Allah, aku tidak tahu apa yang aku lakukan sekarang, sepertinya aku sedang mengejar bayangan Dae Hyun.." saat itu Fareena seperti mahu menangis sepuas-puas hatinya.
"Sedarlah Fareena..sedarlah.." pujuk dirinya sendiri tanpa mempedulikan beberapa orang yang lalu lalang dihadapannya.
Lama Fareena duduk di atas bangku batu. Malam semakin gelap dan sejuk. Hampir membeku tangannya saat ini. Teringat dia akan pesan pemandu teksi tadi. Menyuruhnya memakai pakaian yang lebih tebal. Hatinya masih mahu berada lama di hadapan bangunan itu. Sepertinya sukar untuk mendapatkan teksi pada waktu sekarang. Tatkala itu, salji tiba-tiba turun. Lebat dan semakin lebat sehingga memenuhi bangku batu yang Fareena duduk.
***********
Di Restoran BBQ dan Steambot,
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.