[ONGOING] 🔞
𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘
SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH
Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
Kembali kepada waktu sekarang, di mana Fareena telah pun berada di Seoul, Korea. Waktu sekarang tepat pukul 4.30 petang waktu tempatan. Jalanraya semakin sibuk. Manakala, langit pula agak mendung. Ramalan cuaca ada mengatakan bahawa salji mungkin akan turun pada hari ini. Suhu semakin menurun ke -15°C. Menjadikan persekitaran bertambah dingin.
Destinasi mereka seterusnya adalah Dongdaemun Shopping Street. Salah satu lokasi wajib dan syurga membeli belah bagi para pelancong yang datang ke Seoul. Di sana ada menjual pelbagai barangan seperti makanan jalanan tempatan, pakaian mengikut fesyen terkini, barangan kosmetik dan juga hasil kraftangan. Harga yang dijual juga jauh lebih murah berbanding kedai-kedai biasa. Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin buat pelancong yang datang menjejak kaki ke Seoul.
Bas persiaran yang dinaiki oleh rombongan mereka berhenti di tepi jalan berdekatan dengan perhentian bas di hadapan pusat membeli belah itu. Poster besar kumpulan band MeestUp ditampal di sepanjang dinding perhentian bas dan juga di dinding bangunan berdekatan. Terdapat juga gambar poster ahli-ahli kumpulan mereka secara solo.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Tolong ambilkan gambar aku dekat poster MeetsUp ni." para gadis yang meminati K-pop tadi berebut dan bercampur teruja bergambar berlatar belakangkan artis K-pop kesukaan mereka itu. Masing-masing seakan tidak mahu melepaskan peluang mereka bergambar dengan idola pujaan mereka walaupun sekadar di poster.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Fikiran Fareena melayang entah ke mana semenjak di dalam bas lagi. Poster idola K-pop yang baru dilihatnya sebentar tadi sangat mengganggu tumpuannya saat ini. Memikirkan wajah itu seakan mirip Dae Hyun. 'Ah.. tidak mungkin..' desis hati kecil Fareena. Fareena menggelengkan kepalanya beberapa kali. Sehingga membuatkan Malik terperasan akan sikap pelik Fareena itu.
"Cik Fareena, awak okay ke ni?" sapaan dari Malik membawa Fareena ke dunia nyata.