Bab 51 - Kerja dengan saya.

127 3 0
                                    

Pukul 1.00 tengahari selepas majlis sidang media,

Selepas pulang daripada perjumpaan dengan Tuan Cha, Dae Hyun terus menuju ke hospital untuk menjenguk Fareena. Berkemungkinan besar, Fareena sudah dibenarkan keluar hospital.

Sampai di wad, kelihatan Fareena sedang berkemas-kemas sedikit pakaiannya.

"Kenapa kamu pakai baju biasa? sudah boleh check out ward ke?" soal Dae Hyun sambil matanya melihat tangan tangkas Fareena memasukkan barang-barang ke dalam beg canvas.

Fareena tidak terus menjawab pertanyaan Dae Hyun. Sehingga kesemua barangnya di letak ke dalam beg, barulah dia berpaling menatap wajah Dae Hyun.

"Hmmm.... sudah lebih seminggu saya di sini, sudah tiba masanya saya kembali ke Malaysia." ujar Fareena.

Dae Hyun menghampiri susuk isterinya itu. Memegang bahu Fareena dan menatap dalam wajah ayu itu. Dia menarik nafas. Seolah melepas kepenatan. Kepalanya digaru, biarpun tidak gatal. Lama dia kaku di hadapan Fareena.

"Kenapa kamu diam, Dae Hyun?" soal Fareena hairan. Rasa gugup juga Fareena melihat sikap aneh Dae Hyun itu. Mata lelaki kacak itu berkaca. Merah.

"Kenapa?!" Soalnya lagi. Makin debar-debar dada Fareena. Takut. Bimbang bercampur aduk.

Tanpa diduga, tubuh Fareena ditarik rapat ke dalam pelukan Dae Hyun. Pada masa sama, air mata Dae Hyun juga jatuh meskipun tidak dilihat oleh Fareena.

Dia memang tidak mahu berjauhan lagi dengan Fareena. Lagi-lagi berpisah. Tidak sanggup dia bayangkan dirinya jika itu berlaku.

"Dae Hyun..." Fareena bersuara.

"Shyysss...., izinkan abang peluk isteri kesayangan abang ini sebentar." pinta Dae Hyun supaya diam. Fareena menurut.

"Kamu belum sembuh lagi, tinggallah di sini dulu sehingga kesihatan pulih." Dae Hyun bersuara.

"Saya tak nak, saya..." bibirnya tiba-tiba disekat dek jari telunjuk Dae Hyun.

"Kamu pinta saya bebaskan kamu secara baik, kan." kata Dae Hyun. Menggunakan muslihat isu penceraian mereka supaya Fareena kekal di sisinya.

Fareena menarik nafas panjang. Jika beberapa hari lepas perasaan bencinya pada Dae Hyun membuak-buak. Tapi kini, seakan lenyap pula rasa itu.

"Hurm.. baiklah, jika begitu," Dae Hyun tersenyum.

"Tapi.. saya perlu maklum kepada Mya tentang hal ini. Tak ingin dia bimbang pasal saya." Fareena menaip teks di telefon bimbitnya yang di tinggalkan Dae Hyun pagi tadi.

"Biar abang uruskan daftar keluar sekejap, tungggu abang." Dae Hyun masih tidak segan membahasakan dirinya 'abang'. Kedengaran comel dengan pelatnya itu.

"Tunggu, saya ada satu syarat." Fareena menahan Dae Hyun yang ingin keluar.

"Syarat?, apa dia." Dae Hyun henti melangkah.

"Jangan berlagak kita sebagai suami isteri, dan henti bahasakan 'abang'. Kita kan nak bercerai." ucap Fareena tanpa melihat Dae Hyun.

"Hurm.. betul juga. Kita kan akan berpisah nanti." kata Dae Hyun. Akur.

"Harap kamu faham." Dae Hyun mengangguk.

"Saya cuma mahu kamu tinggal di sini sehingga pulih, sekurang-kurangnya ada tanggungjawab saya pernah saya lakukan." Dae Hyun memakai kembali pelitup muka dan menuju ke kaunter pembayaran.

" Dae Hyun memakai kembali pelitup muka dan menuju ke kaunter pembayaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now