Bab 71 - Bersama di pantai

184 3 1
                                    

"Bangun abang, jom solat subuh bersama." Fareena mengoncang lembut tubuh suaminya. Lena betul tidurnya. Dae Hyun  menggeliat apabila tersedar dikejutkan isterinya.

"Mengantuk lagi sayang, jomlah sambung tidur.." Matanya sedikit terbuka. Ingatkan mahu bangkit dari katil. Sebaliknya, ditariknya sekali Fareena ke atas katil. Lalu dicium bertalu-talu.

"Abang.. tak cukup lagi ke malam tadi?" Kedua-dua pipi Dae Hyun ditarik.

"Hold on.. sikit aje lagi abang nak peluk sayang." Pinta Dae Hyun. Fareena merelakan. Tenang mendengar helaan nafas Dae Hyun. Selamat berada di dalam pelukannya.

Beberapa minit kemudian, Dae Hyun meleraikan pelukannya. Dia bangun dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.

Usai solat Subuh, cahaya mentari terbit diufuk timur mulai kelihatan. Dia mengajak Fareena untuk bersiar-siar di tepi pantai.

 Dia mengajak Fareena untuk bersiar-siar di tepi pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berpimpin tangan menyusur gigi pantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berpimpin tangan menyusur gigi pantai. Rumah percutian itu jauh dari kawasan kejiranan. Tiada siapa berada yang di pantai itu. Suhu dingin musim yang sangat sejuk mencengkam hingga ke tulang.

Bergurau senda bersama gelak ketawa. Hanya suara mereka kedengaran bersilih dengan jeritan Fareena kerana disakat oleh Dae Hyun. Fareena berlari anak untuk cuba mengelak daripada gurauan Dae Hyun.

"Dae Hyun.. stop, stop," Fareena marahkan suaminya.

"Tak larat dah saya nak berlari ni!!" Nada mengeluh daripada Fareena. Sakit terasa kesan luka di pahanya.

"Haha... okay, okay." Lalu ditarik tubuh Fareena merapat ke tubuhnya.

"Kan dah tahu saya ni tengah bawa perut." Pipi Dae Hyun dicubit perlahan.

"Iya, iyalah... sorry. Dah lama abang tak rasa teruja begini. Seronok mengusik sayang." Ucap Dae Hyun.

"Saya nak selalu macam ni, tak nak kita berjauhan lagi." Pelukan Fareena makin erat.

"Abang tak boleh berjanji, tapi abang cuba sedaya upaya abang untuk membahagiakan sayang dan anak kita nanti." Kata-kata ikhlas Dae Hyun sedikit berbaur nada sebak.

Mata Fareena memandang sekeliling kawasan pantai itu.

"Rumah ni kepunyaan siapa?" Semenjak tiba di pantai itu semalam Fareena ingin menanyakan status rumah mereka berlindung sekarang.

"Rumah abang ke keluarga abang?"

"Ohh.. sebenarnya rumah ni milik kawan abang. Dia yang beria minta abang menginap di sini." Jelas Dae Hyun.

"Abang larikan diri kan? Selepas tu, bawa saya ke sini." Fareena meneka.

"Iya. Betul. Abang larikan diri." Dae Hyun angguk.

"Sebab wanita dalam tv tu ke, abang? Siapa sebenarnya dia tu?" Soal Fareena ingin tahu lagi.

"Urm.. nama dia Katrina. Keluarga kami mahu menyatukan kami berdua. Abang tak setuju. Abang tak suka Katrina. Dan sebabkan itu, dalam media sosial heboh sekarang kerana abang menolak Katrina. Para wartawan sibuk mencari abang." Jelas Dae Hyun.

"Keluarga abang tentu risaukan abang sekarang." 

"Bukan abang tak fikirkan pasal mereka. Mereka kan orang tua abang. Tentulah abang sayangkan mereka. Tapi, kadang-kadang tindakan mereka kejam itu yang membuat abang terasa hati dengan mereka." Suara kecewa Dae Hyun terbit juga.

"Kejam? Maksud abang?"

"Sayang.. Begini," Tubuh Fareena dipusing menghadapnya.

"Ayah abang tahu pasal kita. Abang kahwin dan pindah agama. Dan, dia juga tahu sayang berada di Seoul. Bersama dengan abang." Terang Dae Hyun. Mata Fareena membulat.

"Selama ini, dia tahu? Dan pasal kandungan saya juga?" Dae Hyun menggangguk. Melepaskan keluhannya.

"Dia takkan mengapa-apakan kami, bukan?" Airmata bertakung di mata Fareena. Perasaan takut menghampiri. Dae Hyun menggeleng kepala.

"InshaAllah, abang bersama dengan sayang, kan? Abang akan melindungi sayang dan anak kita. Jangan bimbang ya." Pujuk Dae Hyun.

Fareena memeluk erat tubuh Dae Hyun. Hatinya kesamaran ingin mempercayai pujukan Dae Hyun itu.

Sepi kembali. Burung camar terbang menjadi tontonan mereka. Matahari tidak berapa menonjol. Ralik mereka berdua di sana.

"Jom kita pulang, perut abang menyanyi dah ni." Suara Dae Hyun memecah suasana damai itu.

"Oh, ya ke? Kasihannya.." Gelak Fareena. Sambungnya lagi.

"Bahan apa yang ada kat rumah?, abang buat lagi makanan yang macam sebelum ni?" Pinta Fareena manja.

"Boleh, nanti kita cek bahan apa yang ada kat dalam peti tu." Ucap Dae Hyun. Fareena angguk. Lantas Dae Hyun menarik lembut hidung comel milik Fareena.

******************

🌷🌷🌷 BERSAMBUNG🌷🌷🌷

💌 AUTHOR'S NOTE: TQ pada yang sudi add dalam list bacaan
>>>NEXT CHAPTER>>>

𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡Where stories live. Discover now