Flashback kembali saat ahli MeetsUp tiba:
Setengah jam yang lalu, Fareena dan Dae Hyun baru selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Serentak itu, kedengaran bunyi loceng pintu ditekan. Sahut-sahut juga nama Dae Hyun dipanggil. Dae Hyun sangat mengenali suara-suara itu. Tidak lain tidak bukan adalah ahli-ahli grup MeetsUp.
Perlukah dia keluar untuk mengalu-alukan kedatangan mereka itu?
'Aish! Budak-budak ni. Datang tu, rogerlah sepatah. Ni tak, main terjah aje.' Ngomel Dae Hyun sendirian di dalam hati. Matanya sempat mengerling kepada Fareena.
"Abang, pergi tengok siapa yang datang tu?" Fareena juga cemas. Nampaklah tiada kesabaran di hati orang yang datang bertandang itu. Berkali-kali pintu diketuk.
"Baiklah, sayang jangan keluar dulu tau. Abang pergi tengok siapa tu." Ujar Dae Hyun, berpura-pura pada Fareena.
Sejurus pintu dibuka, memang sah mereka berlima. Kebiruan muka masing-masing menahan sejuk di luar.
Sebelum membenarkan mereka semua masuk, Dae Hyun sempat lagi masuk semula ke dalam rumah dan menyorok beberapa barang milik Fareena. Takut kantoi nanti baii!!
Akan tetapi, Bobby terus menerkam masuk ke bilik yang dihuni oleh Fareena. Memang menjeritlah Fareena secara tiba-tiba. Haha. 😂
Bobby pun cepat-cepat menutup semula pintu bilik lalu jatuh terduduk. Melopong mulut dia. Reaksi teman yang lain lagilah tidak usah dicakap. Dae Hyun menepuk dahi sambil memejam mata.
Masing-masing yang baru sahaja mahu berehat terperanjat. Lalu, bangkit pergi mendapatkan Bobby.
"Wei, kau apsal." Tubuh Bobby digoncang. Kaku di atas lantai.
"Kau ke yang menjerit tadi. Suara macam perempuan. Nampak hantu ke?" Jaemin menyoal. Aneh benar perangai Bobby ni. Mereka juga memandang Dae Hyun.
"Tu.. tu.." telunjuk Bobby arah ke pintu di belakangnya.
"Apa??!" Masing- masing tidak puas hati dengan jawapan Bobby.
"Ada perem.." baru sahaja Bobby ingin menjawab, cepat-cepat Dae Hyun menutup mulut Bobby.
"Ishh, diam!!" Potong Dae Hyun.
"Dae Hyun.. kenapa ni??!!" Mereka hairan tujuan Dae Hyun bertindak menekup mulut Bobby. Bobby yang cuba melawan dan menarik tangan Dae Hyun. Akhirnya terpaksa Dae Hyun lepaskan. Lalu dia menarik nafas.
"Begini, kamu semua tunggu dulu di ruang tamu. Aku ada sesuatu mahu bagitahu kepada korang semua." Jelas Dae Hyun. Mereka semua terdiam. Mereka semua bersurai dan kembali ke sofa tadi.
ZhouMi mencuit-cuit bahu Bobby ingin mengorek rahsia yang tadi. Bobby sekadar menjungkit bahu sambil memberi isyarat menzipkan mulut. Teringat akan pesan Dae Hyun itu.
Dae Hyun masuk semula ke dalam bilik yang tadi. Jaemin memerhati dari jauh akan tindak tanduk Dae Hyun. Apa benda yang misteri terjadi antara Dae Hyun dan Bobby sebentar tadi? Persoalan itu bermain di benak otaknya.
*******************
Di dalam bilik, Fareena masih terkejut. Mengharap Dae Hyun cepat-cepat masuk datang kepadanya. Dia cukup mengenali lelaki yang membuka pintu biliknya itu. Salah seorang ahli band MeetsUp. Poster mereka sempatlah Fareena study satu persatu, cuma nama mereka dia tidak tahu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐚𝐰𝐚𝐤𝐮 𝐉𝐚𝐮𝐡-𝐉𝐚𝐮𝐡
Romantik[ONGOING] 🔞 𝗬𝗢𝗨 𝗖𝗔𝗡'𝗧 𝗥𝗘𝗦𝗜𝗦𝗧 𝗛𝗜𝗠, 𝗕𝗨𝗧 𝗬𝗢𝗨 𝗞𝗡𝗢𝗪 𝗛𝗘'𝗦 𝗧𝗥𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 SINOPSIS NOVEL: BAWAKU JAUH-JAUH Fareena Delisha-seorang arkitek muda yang menyimpan luka silam, hidup sebatang kara sejak kehilangan kedu...
