NAYLA 1: Coffee/First Meet

400 12 0
                                    

Dia memandu keretanya dengan kelajuan yang melebihi had. Walaupun sudah di hon oleh kenderaan lain, dia tetap tersenyum dan meneruskan pemanduannya.

Siapa dia untuk ikut segala peraturan jalan raya?. Dia suka untuk buat semuanya ikut hati dan perasaan.

Selepas 30 minit memandu, dia akhirnya sampai di sebuah kediaman yang terbentang luas. Tanah itu milik hak persendirian Tan Sri Hafzan.

"Tan Sri, Cik Nayla dah sampai."

Tan Sri Hafzan yang sedang menikmati makanan tengah hari menghentikan segala pergerakannya. Dia nampak seperti berada di dalam mood yang tidak baik hari ni.

"Suruh dia masuk."

Belum sempat ketua pembantu rumah itu menjemput kepulangan Nayla, wanita itu sudah berjalan lenggok masuk ke dalam rumah agam itu. Senyuman masih menghiasi wajah bujurnya itu.

"Hi, Daddy."

Nayla menghampiri Tan Sri Hafzan sebelum dia mencium seketika tepi kepala ayahnya itu dan mengambil tempat di sisi Tan Sri Hafzan.

Pandangannya bertembung dengan seorang wanita di sisi Tan Sri itu. Hanya tajam.

"Kenapa you lambat, Nayla?."

Tan Sri Hafzan memandang wajah anaknya itu dengan pandangan sedikit kecewa. Sepatutnya Nayla patut hadir semalam, bukan hari ni baru nak muncul. Dia ada tetamu penting semalam yang mahu jumpa Nayla.

"I busy, Daddy. I ada banyak kerja nak kena buat. Fashion week tu kan minggu depan."

Jawab Nayla tanpa ragu ragu. kopi di dalam cawan itu dihirup sebelum ditelan paksa. Kopi itu terlalu pahit untuk dia telan masuk mulut.

Dia sebagai pereka fesyen dan pengasas sebuah jenama pakaian memang sangat sibuk dengan kerjanya di pejabat. Dia tak ada masa nak pulang ke sini.

"Bukannya you tak boleh, tapi you yang sengaja tak nak."

Sampuk wanita di sisi Tan Sri Hafzan itu tadi. Nayla memandang wajah sombong wanita itu sebelum dia tersenyum bangga.

"Ouh hi Hawa. I tak perasan you ada dekat sini."

Tegur Nayla yang berpura pura terkejut itu.

Teguran Nayla membuatkan Hawa sakit hati, menjengkelkan. Dia tak suka dengan sikap Nayla yang asyik menyakitkan hatinya. Langsung tak hormat dia sebagai ibu tiri.

"Nayla. Watch your language."

Tan Sri Hafzan menegur Nayla dengan nada suara memberi amaran. Hawa tersenyum kecil, tanda gembira dengan kemenangannya menentang Nayla. Sikit pun Nayla tak terasa, cuma dia tak kisah.

"So, apa yang penting sangat sampai daddy tak boleh nak cakap dekat phone?."

Nayla ke tujuan utama dia datang ke sini. Kalau bukan kerana Tan Sri Hafzan paksa dan desak dia ke sini, dia tak akan jejakkan kaki dekat sini lagi. Seperti yang dia nekad 3 tahun yang lepas.

"Daddy nak you kahwin dengan Dominic. He's a good guy. Hormat orang tua, keluarga dia pun baik baik."

Nayla sudah berdegus sambil menjulingkan matanya keatas. Dia tahu itu niat Tan Sri Hafzan untuk carikan dia jodoh tapi dia boleh cari sendiri.

"Dia maybe lelaki yang baik di mata you, daddy. But not me. I tak suka dia. He is not my type—."

"Daddy ada bagi you pilihan ke?. Yes or yes?."

Nayla menjulingkan matanya lagi, muak dengan sifat Tan Sri Hafzan yang suka mendesak dan memaksa. Kenapa lah mesti dia yang kena?.

Melihat senyuman puas di wajah Hawa membuatkan Nayla terfikir seketika. Dia akhirnya tersenyum sebelum memandang kembali Tan Sri Hafzan.

NAYLAWhere stories live. Discover now