NAYLA 14: Should I Call You Mommy?

612 17 0
                                        

"Nayla!"

Kedengaran pintu biliknya diketuk kuat beberapa kali, berselang dengan jeritan Hawa. Nayla yang masih di bawah selimut hanya mengeliat kecil sebelum menyambung lena.

"Nayla, bangun!"

Dengan sakit hati, selimut ditolak melepasi wajahnya yang berkerut seribu. Dia benci kalau tidurnya diganggu. Sebab itulah dia tak suka tidur di sini. Mesti ada saja pengganggu semula jadi.

"You nak apa!"

Nayla menjerit perlahan dengan suara serak basah. Dia mula terduduk, menghilangkan saki-baki mengantuknya sebelum menoleh ke arah jam digital di meja sisi.

6.07 pagi.

Masih awal untuk dia bangun. Kenapalah Hawa kejut dia pagi-pagi buta ni? Mengganggu betul.

"Buka pintu ni. Cepat!"

"Hurgh!"

Nayla berdegus marah sebelum akhirnya bangkit menuju ke arah pintu lalu membukanya. Hawa berdiri di hadapannya.

"You nak apa kejut I pagi-pagi buta ni? I mengantuklah..."

Rungut Nayla sambil menggosok kepalanya. Rambutnya yang sedikit serabai diselak ke belakang.

"Pagi buta you cakap? Dah subuh ni. Daddy you ajak solat Subuh sama-sama. Cepatlah."

"Hah?"

Terus berkerut kening Nayla. Solat Subuh sama-sama?

Selama ini, tak pernah pula Tan Sri Hafzan ajak dia solat bersama. Tapi cantik pula bila dia tengok Hawa yang sudah bertelekung itu.

"Hah, sekejaplah. I pergi ambil wuduk dulu."

"Jangan lambat sangat."

"Iya..."

Dengan langkah longlainya, Nayla menuju ke bilik air dan mencuci wajah terlebih dahulu. Selepas rasa sedikit segar, barulah dia berwuduk.

Selama ini, dia bukanlah orang yang rajin solat mengikut waktu. Kadang-kadang, pukul tujuh baru dia solat Subuh.

Telekung yang disimpan di dalam almari dicapai lalu dibawa ke bilik solat. Rumah Tan Sri Hafzan memang mempunyai bilik solat, jadi kalau nak solat berjemaah, boleh solat di sana. Cuma, dia tak pernah lagi.

"Hah, kan senang bangun awal macam ni. Tak adalah mommy you ni nak kejut you banyak kali."

Tan Sri Hafzan tersenyum saat melihat Nayla yang sudah bersedia untuk solat bersama. Nayla pula hanya tersenyum kecil.

Pagi itu, mereka solat bersama buat pertama kalinya. Dia tak tahu kenapa, tetapi dia terasa tenang saat begini.

Selesai solat, Nayla bersalaman dengan Hawa di sisinya. Baru saja dia mahu menarik tangannya, Hawa terlebih dahulu menarik Nayla ke arahnya sebelum mengucup lembut dahi anak tirinya itu.

Nayla terdiam memandang Hawa yang hanya buat-buat tak tahu. Dia terkedu dengan tindakan Hawa tadi. Tak pernah Hawa menciumnya sebegitu selama ini.

"You ada nak pergi mana-mana ke hari ni?"

Tan Sri Hafzan menghampiri Nayla selepas melipat sejadah.

Nayla menggeleng. Dia tak berniat nak masuk pejabat hari ini kerana Iris ada untuk uruskan semuanya. Dia sudah siapkan tugasnya.

"Kalau macam tu, you temanlah Hawa pergi beli barang sekejap lagi. Temankan mommy you ni."

Nayla menoleh ke arah Hawa. Wanita itu seperti biasa hanya beriak kosong. Mereka berdua bukan anak beranak, tetapi ada sifat yang lebih kurang sama.

NAYLACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang