" Yes sir, I've just sent the file that Miss Nayla ordered me to send. Everything that you want is in that file."
Iris keluar daripada perut keretaanya setelah meletakkan kereta di parking bawah. Dengan lengannya memeluk beberapa rekaan Nayla, tangannya yang memegang kopi sambil dia mengepit telefon.
Dia mahu cepat untuk ke office kerana dia ada masa lagi 3 hari sebelum mesyuarat dengan ahli kru yang lain. Nasib baik lah dia ada dapat beberapa nasihat daripada Nayla untuk siapkan kerjanya.
" Okay, sir. I will let you know if there are any changes. Bye then."
Iris tersenyum sebelum dia mematikan panggilan. Kakinya melangkah memasuki bangunan.
Di tingkat bawah memang sunyi sedikit kerana tak ramai yang parking bawah tapi dia dah biasa. Sampai sekarang dia masih selamat.
Dia cuba menghubungi Nayla tetapi belum sempat dia menekan butang call, langkahnya terhenti saat melihat seseorang di hadapan sana. Dia sedang menghampiri Iris.
" How are you, Iris?."
Dominic tersenyum melambai tangan ke arah Iris sambil sebelah lagi tangannya diseluk ke dalam poket seluar.
" Wha—What are you doing here?..."
Nada suara Iris kedengaran sedikit gugup. Dia tak menyangkakan kehadiran lelaki itu di sisni, di tempat biasa dia masuk ke pejabat.
" Nothing."
Dominic hanya tersengih biasa, memerhatikan penampilan Iris yang nampak sedikit berkilauan. Sesuai dengan kulitnya yang cerah.
" Then..."
Tanpa ada niat mahu membazirkan masanya, Iris segera berjalan melintasi Dominic. Dia berharap lelaki itu akan kekal di sana tanpa mengekorinya tetapi tanggapanya salah.
Iris mampu mendengar bunyi tapak kasut Dominic, mengekorinya daripada belakang. Menyedari yang dia tak selamat, Iris mempercepatkan langkahnya sebelum dia berlari.
Langkahnya lagi sekali terhenti saat laluannya dihalang oleh seorang lelaki yang berbadan besar itu, kelihatan seperti seorang bodyguard.
" Woo woo, chill out!."
Suara Dominic seperti mengejeknya. Iris menggenggam tangannya, tak faham dengan situasi sekarang. Mengapa dia pula yang dicari Dominic?. Apa salah dia?.
" You nak apa?. Why you kacau I?."
Soal Iris sedikit marah. Dia tak mengerti langsung!.
Dominic tertawa kecil sebelum dia memegang dagunya. Matanya memerhatikan Iris daripada atas sehingga bawah.
" I tak tahu apa yang buat I terlepas pandang tentang you, Iris. What's the thing that covers your innocence?."
" Huh?."
Iris sudah ternganga, tak faham dengan apa yang Dominic cakap. Dia merepek apa ni?.
Melihat Iris yang masih berpura pura itu, buat Dominic hilang sabar. Dia menolak bahu Iris ke arah dinding, memaksa wanita itu menatap anak matanya.
Iris sudah terdiam. Renungan Dominic yang menikam anak matanya begitu seram sehingga buat dia terkedu untuk bersuara.
" I know who you are. I tak tahu apa yang mamat cina tu nak daripada Nayla sampai dia terpaksa hantar you tapi I tak akan biarkan you sentuh Nayla walaupun seinci."
Nada suara Dominic kedengaran seakan memberi amaran. Dia tak akan biarkan sesiapa pun sentuh Nayla walaupun Nayla tak pernah pandang dia. Nayla miliknya dan tiada sesiapa boleh sakiti kepunyaanya.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...