NAYLA 52: She'll Be Back

130 11 0
                                    

Nayla menoleh ke arah Marissa yang masih tersenyum di dalam tangisan itu. Dia masih merenung tiket yang Alan berikan padanya tadi.

"I'm sorry. You terpaksa hilang Alan."

Nayla menggenggam bahu Marissa. Wanita itu hanya menggelengkan kepalanya.

Itu hukuman yang Alan terima. Dia faham dan dia sudah terima semuanya dengan hati yang terbuka. Marissa tersenyum sebelum dia kembali memandang tiket itu.

"Dia pernah ajak aku pergi Thailand. Dia nak duduk sana, nak tengok sunset dengan aku setiap hari."

Marissa tersenyum kecil membelek tiket di tangannya itu.

Alan ada niat untuk bawa dia bersama. Dia percaya suatu hari nanti, mereka akan ke sana tapi nampaknya dia tiada peluang untuk bersama. Sebuah impian yang Marissa harapkan tetapi Tuhan lebih tahu yang terbaik.

Nayla menggenggam tangan Marissa erat. Dia tak sangka wanita sejahat jahat Marissa itu boleh jatuh cinta.

Dia percaya cinta itu wujud dan Marissa buktinya. Bukan senang nak tengok perempuan hati batu boleh jatuh cinta.

"Aku nak minta maaf atas apa yang Alan dengan aku pernah buat dekat kau dulu. Aku terlalu naif sampai ikutkan perasaan marah aku. Dan terima kasih sebab kau tetap baik dengan aku walaupun aku banyak buat sial dengan kau."

Marissa memandang wajah Nayla dengan pandangan bersalah. Sumpah dia menyesal sejak dia bertemu semula dengan Alan.

Dia sedar Nayla ialah kakak yang baik. Sejahat mana pun dia pada Nayla, Nayla tetap mahu dia dia selamat.

Nayla tersenyum lebar. Sikap begini lah yang dia nak daripada Marissa. Baru lah dengar seperti seorang wanita matang, bukan wanita yang suka memberontak dan ikut kepala sendiri.

Tangan Marissa digenggamnya erat sebelum Nayla kembali memandang hadapan. Dia bukan orang yang suka simpan dendam. Dia maafkan orang yang rasa bersalah.

Sesampai di rumah Tan Sri Hafzan, Marissa dan Nayla keluar daripada kereta diikuti Harith yang memandu.

Dominic pula sudah hilang bersama Alex untuk uruskan tubuh Alan seperti yang Marissa minta. Arahan Nayla, dia ikut saja.

"Nayla!."

Hawa berlari mendapatkan Nayla sebelum dia membawa wanita itu ke dalam pelukannya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia apabila Harith beritahu Nayla hilang. Nasib baik dia selamat.

"Mana you pergi?. Mommy risau tahu tak?."

Hawa mengusap wajah Nayla dan direnungnya penuh kasih sayang. Kalau apa apa terjadi pada nayla, dia tak akan maakan diri dia seumur hidup!. Nayla hanya membalas dengan senyuman.

"I Okay lah. I tak cedera pun. Nasib baik Harith sempat datang. Kalau tak, mesti dia orang pukul I."

Rengek Nayla, cuba bermanja. Tan Sri Hafzan mengusap kepala Nayla dengan senyuman lega. Nasib baik Nayla baik baik saja.

"But I think, Marissa lagi teruk daripada I."

Nayla beranjak ke tepi, membuka ruang pada Marissa yang hanya berdiri kaku di situ. Dia tertunduk, malu dengan keluarga dia sendiri.

Hawa dan Tan Sri Hafzan terdiam.

Hawa menghampiri Marissa dengan pandangan sayu. Perlahan lahan dia mengangkat wajah Marissa supaya memandang wajahnya.

Hawa segera mengemam bibir menahan tangisan apabila melihat kesan lebam di wajah Marissa.

Dia laju memeluk tubuh Marissa erat sebelum menguncup pipi Marissa bertubi tubi. Marissa kelihatan seperti tenang dalam satu masa, dia sedang bersedih. Mereka hanya diam bersepi.

NAYLAWhere stories live. Discover now