NAYLA 31: Take Care of You

123 9 0
                                    

Harith mencelikkan matanya perlahan lahan. Dia tersedar kerana suasana yang berubah. Suasana sekarang lebih sejuk berbanding awal awal tadi.

Pinggangnya yang lebam akibat dilanggar itu mula terasa sakit. Dia tak boleh gerakkan tubuhnya dengan bebas lagi.

" You dah bangun?."

Suara wanita yang dia kenal menegurnya dengan nada risau. Tak lain tak bukan Nayla yang sedang memeriksa tubuhnya.

" You nak air?."

Soal Nayla yang baru saja selesai mandi. Harith hanya menggelengkan kepala sambil berkerut kening menahan sakit.

" Sakit...."

Keluh Harith perlahan. Nayla sudah tak tentu arah apabila melihat keadaan Harith yang mula nampak serius.

" Sakit ke?. Sakit dekat mana?."

" Pinggang..."

" Huh pinggang?. Doktor cakap dekat tangan je?. Sini tengok."

Baju hospital yang dipakai Harith itu diselak sebelum Nayla terbuntang mata apabila melihat kesan lebam yang besar pada tepi perut. Warnanya biru pekat. 

" It's okay, it's okay. I panggil nurse sekejap."

Nayla bergegas ke luar wad persendirian yang menempatkan Harith seorang. Patut lah dia rasa sejuk semacam. Dia sudah dihantar ke wad pribadi rupanya.

" Macam mana boleh ada lebam dekat perut dia?. Doktor kata tangan je yang patah, ni apa?."

Kedengaran suara Nayla kembali bersama seorang jururawat wanita yang terpaksa menahan bebelan Nayla.

"Ya puan, memang ada lebam tu tapi lepas X tray, doktor kata tak ada tulang yang patah pun. Cuma lebam je. Luka pun dah cuci macam biasa, cuma sakit sikit lah."

Jelas jururawat tadi. Nayla tak puas hati. Dia tak suka tengok wajah Harith kesakitan begitu. Dia perlu buat sesuatu.

"Tak ada something yang boleh buat suami saya rasa kurang sakit ke?."

Soal Nayla yang begitu risaukan keadaan Harith. Jururawat tadi hanya mampu memandang wajah Harith yang berkerut.

"Saya boleh bagi ubat tahan sakit je lah."

Jelas jururawat tadi. Dia sempat mengambil suhu dan tekanan darah Harith sebelum menyerahkan dua biji ubat tahan sakit pada Nayla.

"You boleh duduk?. Kita makan ubat eh?. Nanti sakit you tu hilang."

Nayla membantu Harith untuk duduk perlahan lahan walaupun sakit terasa mencucuk cucuk. Demi menjaga maruah lelakinya, Harith terpaksa menahan sakit.

Harith kembali berbaring selepas menelan 2 biji ubat sakit tadi.

" I ada sempat belikan bubur instant malam tadi. You lapar tak?."

Harith menggeleng kepalanya lagi. Dia tak sedar yang sekarang sudah pukul 5 pagi. Selepas dia dibawa ke wad malam tadi, dia terus tertidur kerana dia kepenatan. 

" I dah call daddy dengan mama. Nanti dia orang datang sebab I bagitahu dia orang tengah malam tadi. Tak sempat nak lawat."

Nayla berdiri di sisi Harith, memandang setiap inci wajah Harith yang dia angaukan setiap hari.

" Tak apa. You ada okay dah."

Balas Harith tanpa menyedari apa yang dia cakap. Dia terlalu sakit untuk betulkan apa apa. Nayla sudah tersenyum sambil tangannya mengusap lembut ubun ubun rambut Harith.

" I nak saman je budak tu sebab dia buat husband I sakit macam ni. Dia ingat mentang mentang dia budak, dia boleh menyorok belakang mak ayah dia?. Bukan dengan I lah, budak."

NAYLAWhere stories live. Discover now