Nayla membuka pintu bilik, tetapi kelibat Harith langsung tak kelihatan. Dia menjengukkan kepala ke dalam, cuba mencari Harith di bilik air, namun hasilnya tetap sama. Lelaki itu tiada.
"Harith?"
Nayla memanggil nama suaminya sebelum berjalan sepanjang koridor tingkat atas, mencari kelibat lelaki itu. Langkahnya terhenti apabila matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang tidur diatas sofa di ruang tamu atas.
Senyuman kecil terukir di bibir Nayla.
Kakinya menapak perlahan ke arah Harith sebelum dia berhenti di sisi lelaki itu. Perlahan-lahan, dia membongkokkan tubuh untuk melihat wajah Harith dengan lebih dekat.
Tangannya yang memang tak pernah duduk diam naik mengusap lembut pipi Harith, seolah-olah mahu merasai sendiri kulit lelaki itu.
Sungguh, Nayla rasa begitu dekat dengan Harith.
Lelaki yang membuatkan dia buta. Lelaki yang membuatkan dia hilang segala pertimbangan. Lelaki yang membuatkan dia sanggup mempertaruhkan segalanya.
Ya, orang mungkin akan cakap dia bodoh kerana memilih lelaki yang hatinya masih pada wanita lain.
Tapi dia tak kisah. Dia tak pernah menyesal dengan pilihan yang dibuatnya.
Mungkin itulah maksud cinta bagi Nayla. Perasaan ingin memiliki seseorang walaupun dia tahu pengorbanan perlu dilakukan untuk mendapatkannya.
Jari Nayla mula menjalar di sepanjang wajah Harith sebelum hidung lelaki itu pula menjadi sasaran.
Jejaka itu memang tampan. Terlalu tampan sampai buat dia tergila-gila.
"Puas tenung muka I?"
Kedengaran suara Harith yang perlahan.
Nayla yang sedar lelaki itu sudah terjaga hanya tersenyum manis. Dia masih berada dalam posisi yang sama, langsung tak mengalihkan pandangan daripada wajah Harith.
"Wakey wakey, Mr Handsome..."
Bisik Nayla dengan nada menggoda, sengaja mengusik Harith yang sedang memandangnya kosong.
Tangan Nayla yang masih berada di pipi Harith tiba-tiba dicengkam. Wanita itu terus terduduk di sebelahnya.
Harith meraup rambutnya yang sedikit serabut ke belakang. Dia sedang menyiapkan kerja tadi, tetapi tanpa sedar, dia sudah terlelap.
Dia memang selalu tertidur di ruang tamu.
Melihat wajah lelaki itu yang kelihatan kepenatan membuatkan hatinya sedikit tersentuh.
"Kenapa you tidur dekat sini? Tidur lah dekat bilik."
Bahu Harith dicengkam dan diusap perlahan. Tidur atas sofa, selesa macam mana pun, tetap boleh buat badan sakit.
Harith hanya menggeleng.
"I nak siapkan kerja sikit. You tak keluar ke?"
Soalnya sebelum kembali mencapai beberapa helai kertas yang tersusun di atas meja.
Nayla pula hanya menggeleng.
"I tak ada mood nak keluar. I nak duduk sini dengan you."
Nayla memerhatikan wajah Harith. Entah kenapa, melihat lelaki itu saja sudah cukup untuk mengembalikan moodnya.
Harith menoleh ke arahnya seketika.
Renungan lelaki itu tepat ke mata Nayla. Kata-kata wanita itu tadi seolah-olah mempunyai makna yang lebih dalam daripada apa yang didengarinya.
Namun Harith kembali memandang kertas kerjanya sebelum tersenyum kecil.
"Mommy dengan Daddy mana?"
Soal Harith kerana dia mula rasa janggal dengan keadaan mereka sekarang. Nayla masih duduk di sebelahnya sambil merenungnya tanpa henti.
ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...
