NAYLA 19: Harith's Bride

117 8 0
                                    

7 months later...

Dengan sekali lafaz, Nayla menjadi milik Harith secara sah.

Akhirnya, terbina lah sebuah ikatan yang Nayla impikan. Terjalin lah sebuah ikatan yang sah di antara Harith dan Nayla. Mereka berdua sudah menjadi pasangan suami isteri.

Tiada siapa yang mampu menggambarkan perasaan yang dialami oleh Harith dan Nayla melainkan diri mereka sendiri. Teruja, sedih dan gembira. Begitu banyak dan berperingkat.

Hawa di sisi Nayla sudah tersenyum lega sebelum dia membawa Nayla ke dalam pelukannya. Dia sentiasa menunggu saat gembira itu untuk Nayla kerana Nayla berhak untuk bahagia.

Suasana malam di dalam dewan hotel itu begitu syahdu. Harith dan Tan Sri Hafzan berpelukan sebagai tanda, Harith sudah menjadi menantunya.

" Tolong jaga anak I baik baik, Harith. I harapkan you sebagai suami dia."

Di dalam pelukan, Tan Sri Hafzan sempat menasihati Harith untuk sentiasa menjaga dan mendidik Nayla supaya menjadi isteri yang baik.

" Baik, Daddy."

Dengan senyuman, Tan Sri Hafzan menepuk belakang menantunya itu beberapa kali. Dia tak mampu ungkap perasaan sayunya. Dia lepaskan Nayla untuk dijaga Harith. Dia sudah redha.

Harith menghampiri Nayla yang hanya tersenyum itu sebelum dia duduk di sebelah Nayla untuk menyarungkan cincin di jari manis isterinya itu.

Malam itu, Nayla nampak cantik bak purnama. Harith tak mampu sangkal kenyataan itu tapi hatinya masih tak rasa rentakan itu. Dia masih cuba untuk terima Nayla sebagai isterinya.

Entah mengapa, di saat dia menyentuh tangan Nayla, dia terasa sesuatu. Mungkin kerana gementar tetapi dia rasa sesuatu yang hangat mengalir di dalam hatinya. Dia sudah jadi seorang suami.

Cincin itu disarungkan pada jari manis Nayla perlahan lahan. Tanpa menunggu, Harith menarik Nayla dekat dengannya dan mencium dahi Nayla penuh syahdu. Dia merasai perasaan sayu tiba tiba.

Kelipan cahaya daripada kamera membuatkan Harith segera melepaskan kuncupannya. Dia dibawa perasaan tadi sehingga tak sedar berapa lama dia mencium Nayla.

Tak begitu ramai yang datang ke majlis nikah mereka. Hanya keluarga daripada dua dua pihak. Pilihan Harith dan Nayla untuk buat majlis pernikahan kecil kecilan.

Nanti bila wedding reception, baru lah jemput ramai tetamu. Baru lah gempak. Dia tak kisah seberapa ramai tetamu yang dijemput kerana dia lagi suka orang tahu tentang perkahwinannya.

Selepas majlis selesai, Nayla yang begitu berani dan yakin segera memimpin tangan Harith untuk dibawa berkenalan dengan ahli keluarganya yang lain.

Dia jarang berjumpa dengan sepupunya kerana mereka semuanya tinggal di New Zealand tetapi jika bertemu, memang rapat!. Macam isi dengan kuku lah.

" Untung lah you Nayla, dapat husband handsome macam Harith. Pandai you pilih!."

Kay tersengih teruja saat dapat bertemu dengan Harith depan depan. Biasa lah, dekat sana dia asyik tengok orang putih je, jarang nak jumpa orang melayu selain keluarganya. Itu yang teruja lebih tu.

Selain Kayla, ada juga Emma dan Amelia yang turut hadir memeriahkan majlis mereka. Mereka semua masih bujang dan tidak berpunya. Sebab tu excited tengok suami orang.

" Thank you."

Harith hanya membalas dengan senyuman. Walaupun dia tak berapa selesa, tapi dibiarkan juga Nayla buat apa yang dia mahu. Asalkan masih boleh diterima, bukan yang merepek repek.

" Hi, Nayla."

Muncul Dominic entah daripada pelusuk mana. Dia rasa, dia tak nampak Dominic waktu majlis tadi. Tiba tiba saja muncul?.

NAYLAWhere stories live. Discover now