"Okay, Encik Harith. Jangan lupa appointment kita minggu depan ya?."
Doktor lelaki yang merawat Harith itu tersenyum kecil selepas dia menggantikan balutan baru buat Harith yang masih perlu disimen.
"Baik doktor. Terima kasih."
Harith bangkit sebelum dia berjabat tangan dengan doktor tadi. Nayla yang masih berdiri memeluk tubuh itu hanya menguntum senyuman kecil ke arah doktor tadi dan segera mendapatkan Harith.
"Sampai bila lah I nak kena pakai benda ni."
Harith mengeluh kecil sambil membelek tangannya yang masih belum sembuh itu. Dia betul betul tak selesa. Banyak benda yang terbatas.
"Tak apa lah. Doktor kan cakap lagi 2 minggu?. Nanti kita cabut lah."
Nayla tersenyum memandang wajah Harith. Dia berjalan sambil memeluk lengan Harith tak lepas. Sepanjang 2 minggu ini, Harith banyak meluangkan masa bersamanya.
Tak sangka yang waktu itu lebih berharga daripada segalanya. Mereka berkongsi cerita dan memori bersama.
"Eh, Nayla?."
Langkah Nayla dan Harith terhenti apabila seorang wanita yang duduk di kerusi menunggu itu menegur Nayla bersenyuman senyuman teruja.
"Lyana?. Is that you?."
Nayla sudah terbeliak mata sambil menekup mulutnya tak percaya apbila melihat rakan baiknya daripada sekolah menengah sedang berdiri di hadapannya. Mereka tertawa teruja sebelum memberikan pelukan seketika.
Pandangan Nayla melorot ke arah perut Lyana.
"You pregnant?."
Soal Nayla dengan nada teruja. Lyana tertawa kecil sambil mengangguk kepalanya kecil.
"28 weeks, anak nombor 2."
Lagi sekali Nayla memberikan reaksi terkejut. Anak nombor 2?!. How come?. Mereka habis SPM sama sama, graduasi sama sama tapi macam mana Lyana boleh ada anak 2?.
"I know, you pun akan terkejut kan?. Kalau I nak cerita dekat you pun tak akan habis hari ni."
"Then kita borak dekat somewhere. Jom!."
Nayla mahu tahu tentang Lyana. Sudah beberapa tahu mereka tak bersemuka. Harith hanya jadi pendengar daripada tadi.
Selepas mendapatkan ubatnya, Nayla dan Harith bersama Lyana menuju ke Cafe berdekatan untuk berborak lebih lanjut.
"Congratulation babe. I tak tahu pun yang you dah kahwin?."
Nayla masih tak boleh percaya yang Lyana sudah berkahwin. Dia rasa seperti Lyana masih lagi gadis 17 tahun. Walaupun dia sudah nampak seperti seorang ibu tapi bagi Nayla dia masih sama seperti dulu.
"On god I nak jemput you tapi I lost contact semua kawan kawan kita. I tak dapat jemput sesiapa pun. Sedih tahu tak?. But who is he? Jangan cakap ni sugar daddy..."
Lyana memandang Harith atas bawah. Lelaki handsome macam ni boleh saja jadi pendamping Nayla.
Harith dan Nayla sudah berpandangan satu sama lain sebelum mereka berdua ketawa serentak. Soalan Lyana begitu rambang.
"No!. Ni husband I lah. Kenal kan, ni Harith Aiden. Harith, ni Lyana. My best friend dekat sekolah dulu."
Harith hanya tersenyum tak percaya manakala Lyana sudah terkaku. Kenyataan itu lagi mengejutkan daripada berita kematian ibunya semalam.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...