Harith yang baru pulang daripada tempat kerjanya segera masuk ke dalam rumah keluarganya. Dia ada duit untuk beli rumah sendiri tapi dia masih mahu tinggal dengan Raima.
Harith merasai suasana sunyi di dalam rumahnya. Setiap kali dia pulang, Raima akan sambut kepulangannya tetapi kali ni mamanya tak muncul.
" Papa? Mama mana."
Kelihatan susuk tubuh Zul yang sedang duduk di sofa sambil membaca buku inspirasi daripada penulis kegemarannya. Jadi, tahu lah dia daripada mana datangnya minat dia terhadap buku.
" Oh, Harith dah balik?. Papa tak perasan pula. Mama ada dekat bilik, kejap lagi turun lah dia."
Zul tersenyum sambil menutup muka buku yang dibacanya. Harith duduk di sebelahnya Zul sambil mengangguk kepalanya, mengerti.
" Harith."
Raima yang menyedari kepulangan anak tunggalnya itu segera mendapatkan anak dia di ruang tamu.
" Mama tak tidur lagi ke?. Setahu Harith, mama Harith ni tak suka tidur lambat."
Harith tersenyum memandang Raima yang hanya buat muka. Tak suka betul. Zul pula hanya menggeleng kepala, tak mahu masuk campur.
Beg laptop diletakkan di tepi.
" Macam mana kerja tadi?. Okay?"
Raima memandang Harith dengan senyuman. Daripada tadi, Harith perasan yang mamanya hanya tersenyum. Seolah olah ada sesuatu yang terjadi tadi.
" Okay je, macam biasa. Cuma penat sikit lah."
Di pejabat, banyak benda yang Harith perlu uruskan. Surat perjanjian, temu janji dan lebih memenatkan, dia perlu dengar bosnya berleter. Hanya disebabkan pelanggan mereka complaint, Harith yang jadi mangsa.
" Em... macam mana dengan perempuan yang Harith nak bawa jumpa dengan mama papa tu?. Dia sudi tak, nak jumpa?."
Tiba tiba saja soalan itu diajukan. Harith terdiam sebelum dia memandang Zul. Papanya hanya tersenyum, juga mahukan jawapan.
" Kenapa... mama tanya soalan tu?. Selama ni—."
" Tak, mama tanya je. Mana tahu Harith ada plan?."
Raima masih tetap tersenyum, membuatkan Harith yang pelik dengan sikap Raima. Tak pernah pernah segembira ini.
" Harith memang ada plan tapi... mungkin lambat lagi kot—."
" Hah kalau macam tu, Harith lupakan je pasal dia. Apa kata kalau mama dengan papa merisik Nayla untuk Harith?."
" What?."
Terus terbeliak mata Harith. Nayla?. Kenapa pula tiba tiba masuk tentang Nayla ni dan kenapa pula dia harus lupakan Alissa demi Nayla?.
" Tadi, Nayla datang. Dia sendiri datang, cakap nak kahwin dengan Harith."
Apa yang Raima kata tadi langsung tak masuk akal bagi Harith. Kenapa pula Nayla datang sini?. Dia tak sangka wanita itu seberani tu.
" Mama, Harith tak faham apa yang mama cakap ni. Harith dengan Alissa dah 3 tahun bercinta. Takkan lah Harith kena lupakan Alissa hanya sebabkan Nayla?."
Balas Harith dengan Nayla tak percaya. Dia jadi tak suka dengan cara Nayla berurusan dengan keluarganya. Dia sangka wanita tu boleh dibawa bincang tapi sebaliknya.
" Alissa?. Siapa Alissa?."
Raima memandang Harith dengan riak kosong.
Harith meneguk liur, tersedar yang dia sudah terlepas kata. Dia sepatutnya rahsiakan hubungannya daripada Raima tapi nampaknya, dia terpaksa beritahu.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...