NAYLA 64: The Ending

162 8 4
                                    

"Happy birthday Nayla!."

Sorak rakan rakan Nayla yang hadir ke majlis sambutan hari lahirnya yang ke 37. Sekejap saja masa berlalu, dia sudah dimamah usia.

"Thank you, you guys."

Nayla tersengih teruja apabila rakan rakannya yang lain turut hadir ke rumahnya yang tak seberapa mewah itu untuk sambut bersama.

"Happy birthday sayang."

Harith yang mengendong Naira berbisik di telinga Nayla sebelum dia menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Nayla.

"Thank you..."

Nayla memeluk pinggang Harith sambil mencebikkan bibirnya. Dia terharu sebab 3 tahun berturut turut Harith uruskan majlis sambutannya.

"You look so pretty, babe!."

Yasmin bersama Tania dan Julia menghampiri Nayla. Harith sudah hilang. Dia mesti ada bersama ibu bapa mereka.

"Thank you Yasmin. I rasa macam dah tua sangat nak celebrate birthday ni."

Nayla rasa rendah diri pula. Dia bukannya muda lagi nak sambut hari lahir.

"No!. Birthday bukan untuk orang muda je tau. And kita ni belum tua sangat pun. Chill okay?. "

Julia memegang bahu Nayla, tak mahu rakannya fikir yang negatif. Nayla hanya tersenyum kecil.

"Mana Iris?. I tak nampak pun dia?."

Tania melilaukan pandangannya mencari kelibat Iris. Selalunya di mana Nayla ada, di situ Iris ada. Tapi hari ni dia tak nampak Iris.

"Ouh, dia pergi honeymoon dengan husband dia dekat Bangkok."

"Honeymoon?!."

Serentak mereka bertiga meninggikan suara apabila seakan tak percaya Iris pergi berbulan madu. Kenapa, salah ke?.

"Seriously?. Iris dah kahwin?. Dengan siapa?."

Yasmin memandang wajah Nayla serius, mahukan jawapan yang lengkap. Tania dan Julia masih lagi terkejut, tak mampu berkata apa apa.

"Dengan pilihan dia lah. You guys tak kenal pun lelaki tu tapi dia baik. Dia buat private wedding, so tak ramai yang datang."

Jelas Nayla lagi. Iris ada wish dia di whatsapp dan minta maaf sebab tak dapat hadir. Nayla tak kisah pun sebab Iris sudah jadi isteri orang.

"I tak sangka Iris dah kahwin. Dia tu pun macam you tahu tak?. Ouh god, I'm happy for her."

Tania memegang dadanya. Patut lah Iris tak ada. Julia hanya menganggukkan kepalanya bersetuju.

"I tengok husband you tu kan, sayang betul dengan you. First time I jumpa dia waktu tu, I fikir yang husband you jenis tak ambil kisah pasal you but after I tengok balik. Dia romantik sangat."

Julia memandang wajah Nayla dengan senyuman terharu kerana Nayla dikurniakan suami yang selalu ambil berat. Susah nak jumpa lelaki sebegitu dalam zaman ni.

"Mommy you cakap cake birthday you pun husband you yang buat. I dengar macam tak boleh brain!."

Yasmin sudah membesarkan matanya. Nayla sungguh beruntung!. Dia cemburu dengan Nayla dan berharap suami dia juga seperti suami Nayla.

Nayla hanya tersenyum memerhatikan Harith yang sedang mengendong Naira. Dia sedang berbual dengan ibu bapa mereka di ruang utama.

Kalau yang lain pun terharu, apatah lagi dia?. Dia sebersalah sebenarnya. Harith kerja pagi sampai petang tapi masih larat untuk buat majlisnya.

NAYLAWhere stories live. Discover now