NAYLA 3: He's Gonna Be Mine

191 8 0
                                    

Mereka duduk di tempat masing masing untuk memulakan perbentangan. Sekali kala mata Nayla melirik ke arah Harith yang sedang berbincang dengan rakan kerjanya di sisi.

Perbentangan bermula. Wakil syarikatnya mula menerangkan konsep yang mereka pilih untuk tema minggu fesyen itu.

Iris yang mampu menangkap renungan Nayla turut memandang Harith. Dia menjadi semakin pelik. Tak pernah pernah Nayla merenung lelaki dengan renungan sebegitu.

" Nayla, you kenapa?."

Iris berbisik di sebelah telinga bosnya itu. Dengan senyuman, Nayla menggeleng kepala. Dia hanya sedang memerhatikan seorang jejaka tampan yang turun dari langit untuknya.

" Jangan cakap you suka tetamu kita tu."

" Kalau ya pun, kenapa?."

" He's already have a girlfriend."

" What?."

Suara Nayla meninggi sedikit. Semua mata menoleh ke arahnya sebelum Nayla tersenyum janggal, menutup rasa kekok itu. Pandangannya kembali ke arah Harith yang juga turut tersenyum pelik dengan jeritannya tadi.

Dia sepatutnya tak boleh terlalu terkejut kerana lelaki kacak seperti Harith semestinya sudah ada yang punya. Tapi dia masih tak boleh terima. Harith sepatutnya dia punya.

" Macam mana you tahu?."

Soal Nayla lagi. Dia tak boleh fokus dengan mesyuarat itu kerana dia sibuk memikirkan tentang Harith yang lebih penting daripada kerjanya 

" Nayla, ni Iris lah. Semua tentang tetamu kita, I kena tahu termasuk media sosial dia. Even Harith tu tak banyak sangat post gambar, tapi dia ada tag someone."

Jelas Iris sambil matanya memandang skrin hadapan. Nayla mengeluh kecil sebelum dia memeluk tubuh.

" I don't care. I still like him."

Dia tak kisah kalau Harith sudah berpunya. Dia tak kisah jika perempuan tu tunang Harith ataupun isteri Harith. Dia tetap sukakan lelaki itu. Kalau kahwin pun boleh bercerai, apa lah sangat tunang apatah lagi bercinta?.

Selepas beberapa jam berbincang, mereka bersetuju dan berpuas hati dengan perbentangan masing masing. Tak sia sia Harith bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Nayla.

Pandangan mereka berdua bersatu sebelum masing masing tersenyum. Harith mengambil langkah menghampiri Nayla yang sudah tersengih lebar itu.

" I pergi dulu, good luck."

Iris berbisik di telingan Nayla sebelum dia tersenyum dan berlalu pergi. Dia akan sentiasa di belakang Nayla dan menjadi tulang belakang wanita itu. 

Tak kira apa saja keputusan Nayla, dia tak pernah bantah atau tolak. Dia ikut saja dan dia akan sama sama tanggung kesannya. 

Kerana Nayla, dia ada masa hadapan yang cerah dan kerana Nayla juga, cita citanya untuk menjadi pembantu pereka fesyen menjadi kenyataan 

Nayla berani mengambil risiko untuk menjadikannya sebagai pembantu kanannya. Dan dengan kepercayaan yang dia ada untuk Nayla, dia juga berani untuk maju ke hadapan bersama Nayla, sahabatnya itu.

" Hi."

Tegur Nayla dengan senyuman di bibirnya yang berkilat gara gara lip gloss. Sengihan Harith yang nampak seksi itu sudah mampu buat Nayla jatuh melutut. Dia sudah jatuh cinta pandang pertama. 

Ini kah perasaannya?.

" Hi. I tak sangka kita akan jumpa lagi dekat sini."

" Me too!. Rasa macam ajaib sangat. Maybe kita jodoh?."

NAYLAWhere stories live. Discover now