Iris duduk di kerusi bar sambil memegang gelas kaca minumannya. Bunyi muzik yang rancak membuatkan dia sedikit terganggu tetapi dia sudah biasa.
Iris kebingungan kerana urusan dia dengan Gabriel gagal. Dia minta ganti rugi dan sekarang ni, dia tak tahu nak bagitahu Nayla macam mana.
"Habis lah aku... macam mana kalau Nayla pecat aku?."
Dahinya diletakkan di atas bar sambil menghentak hentakkan kakinya, serabut.
Nayla harapkan dia tapi dia kecewakan Nayla. Macam mana ni?!. Kelab malam saja lah menjadi tempat dia melepaskan tension.
" Alone?."
Iris segera mengangkat kepalanya menoleh ke arah seorang lelaki yang datang menegurnya. Lelaki berbangsa cina itu melemparkan sebuah senyuman menggoda. Iris kembali memandang hadapan.
" No."
Jawapan Iris tadi membuatkan lelaki tadi tertawa. Dia seronok melihat Iris yang cuba jual mahal. Dia suka dengan perempuan yang playing hard to get.
" Let me buy you a drink."
Lelaki tadi memandang gelas minuman Iris yang sudah kosong. Iris menjulingkan matanya tanda meluat. Dia mahu keseorangan dan kenapa lelaki itu mahu kacaunya?.
" Sorry. I tak berminat. Just leave me alone."
Balas Iris yang masih mahu berlembut. Kalau diikutkan hatinya, sudah lama dia angkat kaki tapi dia masih belum puas untuk minum.
" Oh come one... I know you—."
" Ayo bro."
Belum sempat tangan lelaki itu melingkari pinggang Iris, satu lagi tangan datang menepis. Iris segera menoleh ke belakang sebelum keningnya berkerut.
" Dia cakap dia tak berminat kan?. So fuck off."
Arah seorang lelaki yang datang dengan nada memberi amaran. Lelaki cina itu hanya membuat riak tak puas hati sebelum berlalu pergi. Dia kenal siapa lelaki itu dan dia tak mahu cari masalah.
Lebih baik dia pergi sebelum dia menjadi mangsa.
Iris sudah mengeluh panjang. Dalam banyak banyak tempat, kenapa dia mesti jumpa lelaki ni?. Tak ada orang lain ke yang dia boleh jumpa?.
" First time here?."
Soal Dominic bersama senyuman sumbing. Matanya yang gatal itu mula memerhatikan Iris daripada atas hingga bawah. Wanita itu kelihatan cantik bila berpakaian sebegini.
" Sini pun kawasan you jugak ke?. Kenapa you tak cakap yang semua kelab dalam Malaysia ni you punya je?."
Soal Iris marah. Dia tak mengerti langsung apa masalah lelaki ni. Tak habis habis nak kacau hidup Nayla sampai dia jadi mangsa.
" Hey, Kai !."
Terus terbeliak mata Iris saat nama Kai dilaung Dominic. Liurnya diteguk kerana dia masih tak bersedia mahu berhadapan dengan Kai. Lelaki cina tu lain daripada lain.
Dengan sedikit perasaan gugup, Iris segera mengatur langkah untuk pergi tetapi lengannya segera ditangkap Dominic.
" Hey, nak balik dah ke?. Tak nak kenal dengan my friend dulu?."
Soal Dominic dengan nada sinis. Iris yang tertunduk itu sudah terbuntang mata. Kurang ajar punya Dominic!
Iris memberanikan diri memandang Kai yang dimaksudkan Dominic tadi. Dia segera melepaskan nafas lega kerana lelaki itu bukan Kai yang dia kenal.
" Ha—Hi Kai..."
Balas Iris dengan senyuman gugup. Lengannya yang digenggam Dominic dilepaskan. Dominic tertawa apabila melihat reaksi Iris tadi. Takut betul dia dengan Kai?.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...