" Nayla!."
Terus terjungkit bahu Nayla saat namanya diteriak kuat. Dia segera memandang Iris yang duduk di hadapannya. Dia tak sedar yang dia sedang mengelamun.
" You kenapa ni?. You okay tak?."
" I okay..."
Perlahan saja kedengaran keluhan yang dilepaskan. Langsung tak kelihatan okay. Iris risaukan keselamatan Nayla. Dia tak berani tinggalkan Nayla dengan Dominic sebenarnya tadi. Dia takut Dominic apa apakan Nayla.
Dominic seorang lelaki yang berpengaruh. Dia ada banyak perniagaan yang sah mahupun yang tak sah. Dia banyak 'kabel', sebab tu dia tak pernah kena tangkap bila buat salah.
Lelaki bertubuh tinggi itu memang ada rupa. Dia lelaki yang kacak di mata semua wanita tetapi Dominic juga ibarat racun yang boleh bahayakan sesiapa saja. Bahaya.
" Apa yang mamat tu nak daripada you?. Dia cederakan you ke?."
Iris memandang wajah kosong Nayla. Nayla hanya menggelengkan kepala.
" Habis tu kenapa you diam je ni?. Dia ada cakap apa apa ke dekat you tadi?."
Nayla segera mengangkat kepalanya memandang wajah Iris kerisauan.
" I sayangkan daddy I. Dia je keluarga yang I ada."
Perlahan saja suara Nayla. Dia bukannya lemah, dia cuma buntu tak tahu nak buat apa. Semua ni disebabkan Marissa tak guna tu.
" Apa pula kali ni yang dia buat?. Dia ugut apa pula kali ni?."
Iris segera duduk di sebelah Nayla. Dia tahu lelaki tu tak habis habis asyik nak mengugut saja kerjanya.
" Dia tahu yang Marissa ambil dadah."
" What?."
Terus terbeliak mata Iris. Nayla menyerahkan gambar yang Dominic bagi tadi. Iris mencapai gambar gambar itu dengan mata yang terbeliak besar
Iris bagaikan tak percaya dengan apa yang baru saja dia nampak. Perempuan tu ambil dadah?. Dia tak terkejut dengan kenyataan tu cuma macam mana Dominic tahu?.
Huh, sah sah dia guna orang bawahan dia.
" Maksud you, Marissa beli dekat Dominic?."
" I do not know. Maybe?."
Rambutnya diraup ke belakang, serabut. Nayla berpusing sebelum dia mengeluh panjang. Dia mahu saja maki hamun Marissa tu tapi dia tak akan mampu ubah sebarang kenyataan.
Dia cuma mampu bayangkan yang Tan Sri Hafzan tahu tentang ni dan nama keluarga Nayla yang dapat malu. Iris tahu betapa sayangnya Nayla pada bapa kandung dia tu walaupun mereka sentiasa bergaduh.
" I tak nak daddy I tahu pasal ni. I tak nak bebankan dia lagi."
Nayla menggelengkan kepalanya sebelum dia memejamkan mata. Dominic mampu sebarkan benda tu dan dia risau.
" You jangan risau okay?. I sure Dominic tak akan sebarkan benda tu sebab kelemahan dia ialah you. Dia cuma nak you, sebab tu dia gunakan Marissa untuk ugut you."
" So jalan penyelesaian dia adalah I kena kahwin dengan dia?. Lepas tu I bahagia dengan bad boy macam dia, happy ending. If it's like that, hell nah."
Nayla segera menggeleng kepala. Dalam mimpi pun tak mungkin!. Mimpi ngeri tahu tak?.
Iris terdiam. Dia tak ada jawapan untuk itu. Masih samar samar saja.
" I don't care. I tak akan kahwin dengan dia. I will find a solution no matter what happens."
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...