NAYLA 16: Their Stupid Promise

100 4 0
                                    

" Kami datang sini sebenarnya untuk pinangkan Nayla untuk anak kami, Harith Aiden."

Terus tersenyum lebar Nayla dibuatnya, Itu yang dia mahu dengar daripada mulut mereka. 

Tan Sri Hafzan dan Hawa sudah memandang Nayla dengan pandangan tak percaya. Mereka tak percaya yang apa Nayla kata betul. 

" Maaf lah, Harith tak sempat datang sebab dia sibuk dengan hal kerja. Mungkin dia sendiri akan datang sini kalau... Nayla dan you guys setuju dengan pinangan ni."

Raima lah yang kelihatan begitu teruja dengan pinangan ni. Dia sendiri tak sangka yang Harith berikan dia kepercayaan untuk lamarkan Nayla untuknya. 

Entah apa yang dia fikirkan, mereka tak tahu. Harith terlalu sukar untuk dinilai tapi dia percaya, keputusan Harith ini betul.

" I dengan Nayla dah bincangkan tentang ni dan I letak semua keputusan pada tangan Nayla. Dia yang akan buat keputusan sama ada untuk terima ataupun tak sebab kalau tanya I dengan Hawa, kami setuju."

Akhirnya Tan Sri Hafzan bersuara sambil tersenyum gembira. Dia tak kisah dengan siapa Nayla akan berkahwin tapi dia hanya mahu lelaki itu seoraang yang berguna dan hormat dia sebagai ketua rumah ni.

" Macam mana Nayla?. You setuju ke?."

Hawa menggenggam tangan Nayla, mahu Nayla memberikaan jawapan yang ikhlas daripada hatinya. Dia sedia untuk membantu Nayla jika wanita itu memerlukan bantuan.

" Of course lah I setuju."

Nayla tersengih menayang giginya yang cantik bersusun. Dulu tak lah, lepas pakai pengakap gigi barulah cantik tersusun macam tu. Kalau cantik semula jadi, beruntung betul orang tu.

Mereka yang lain sudah tersenyum, seakan gembira dengan jawaban yang diberikan. Cuma Nayla hairan. 

Sewaktu dia cuba meluahkan perasaannya pada Harith, lelaki tu tolak setolaknya. Mahu jaga perasaan kekasihnya lah, apa lah. Tiba tiba saja sudah tukar keputusan?. Apa jadi?.

***

" You okay?."

Nayla menggenggam tangan Raima sambil tersenyum kecil. Raima turut tersenyum sebelum dia menganggukan kepala.

" I okay. I rasa happy sangat sebab I dapat tengok anak I kahwin dengan perempuan yang special macam you."

Raima tertawa. Dia hanya melemparkan pandangannya ke arah luar. Dia cuma mahu yang terbaik untuk Harith. Dia tak tahu berapa lama lagi dia akan hidup tapi dia gembira dengan semua ni.

" I will help you as much as I can. You better not feel alone because you have me. I ada untuk you kalau you perlukan."

Tangan Raima yang digenggam itu diusap lembut sambil menunjukkan riak wajah serius. Nayla tahu apa yang Raima rasa kerana dia pernah meletakkan segala perasaannya pada seseorang. Dia tahu bagaimana teruknya rasa saat kita harus ucapkan selamat tinggal.

" Thank you, Nayla. You banyak sangat bantu I walaupun kita baru jumpa. You such a sweet girl."

Pipi Nayla diusapnya lembut sambil tersenyum. Dia pernah teringin untuk ada anak perempuan tapi dia tak berkesempatan. Terlalu banyak dugaan sehingga dia terpaksa berhenti mengandung.

" You welcome.."

Nayla memeluk tubuh Raima sambil mencebik bibir, begitu sayangkan Raima. Raima pula sudah tertawa.

Bagi Nayla, Raima begitu memahaminya. Raima tak pernah menghakiminya seperti orang lain. Raima terima dirinya yang sebenar walaupun dia tak sebaik wanita lain.

***

Nayla menanggalkan spek mata hitamnya sebelum dimasukkan ke dalam tas tangannya. Dia memerhatikan bangunan yang megah berdiri di hadapannya. Kelihatan begitu ramai pekerja kolar putih keluar masuk melalui pintu utama.

NAYLAWhere stories live. Discover now