Kelihatan kanak kanak yang sedang bermain dengan buih buih di taman sambil ditemani keluarga mereka di hujung minggu.
Dan ada juga keluarga yang sedang bersenam, bergambar dan berehat santai manakala Nayla masih duduk bersimpuh di atas kain kelah bersama Iris.
"Rasa macam tak percaya je kita boleh duduk picnic dekat sini kan?. Selalunya kita sibuk bekerja."
Ujar Iris sambil memandang Nayla yang sedang mengunyah roti. Untuk wanita bekerja macam mereka, memang susah nak cari masa berehat. Asyik bekerja sepanjang minggu.
Nayla tersenyum sambil menyedut udara segar itu.
"Akhirnya, dapat juga kita berehat. I tak sanggup nak hadap client lagi, terlalu banyak songeh. Pening kepala I."
Nayla memegang kepalanya yang semakin sakit apabila memikirkan kerenah pelanggan-pelanggan dia. Plastik roti baru dikoyakkan lagi sebelum dia menggigit perlahan roti kegemarannya itu.
Iris tersengih memandang Nayla.
"Okay, girl. You makan terlalu banyak ni. Perut you muat ke?."
Soal Iris tak percaya apabila melihat Nayla yang makan tanpa henti. Dulu, Nayla hanya makan berat waktu tengah hari je. Dia tak akan makan lagi selepas tu.
Tapi sekarang daripada pagi sampai lah petang, dia mesti nampak Nayla dalam keadaan mengunyah makanan. Pelik tahu tak?!. Sampai begitu sekali Nayla bahagia bersama Harith?.
"No."
Jawab Nayla selamba. Dia mencari bungkusan roti tadi sebelum dia berdegus tak puas hati apabila bungkusan itu sudah kosong.
"Mana dia orang ni?. I nak makanan I."
Nayla tercari cari kelibat Harith dan Dominic yang pergi membeli makanan tengah hari mereka berempat. Sudah sejam dia tunggu.
Iris tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah Nayla itu. Janji Nayla happy, dia pun turut happy. Susah untuk tengok Nayla yang kuat makan ni. Jadi dia biarkan saja.
Daripada jauh kelihatan Harith dan Dominic yang menuju ke arah mereka dari arah tempat letak kereta. Nayla sudah tersengih lebar apabila melihat Harith membawa bungkusan makanan itu.
"Sorry guys, lambat."
Dominic yang berpakaian kasual itu menghampiri Nayla dan Iris diikuti Harith dibelakangnya. Dominic duduk di sebelah Iris sebelum pipi wanita itu dia cium sekilas. Iris hanya tersenyum seperti biasa.
"Akhirnya, lama I tunggu makanan I tau."
Nayla tersenyum teruja sebelum dia membuka bekas makanan itu sebelum dia ternganga mulut, begitu gembira. Wap panas yang keluar daripada makanan tengah hari itu membuatkan Nayla semakin terliur.
Harith hanya tersenyum memerhatikan telatah Nayla yang selalu teruja dengan makanannya. Rambut Nayla yang ditiup angin itu dia tarik ke belakang badan, membantu isterinya makan dengan selesa.
"Nayla, chill. I tak ambil makanan you pun. Slow down."
Dominic menanggalkan cermin mata hitamnya itu apabila melihat Nayla makan seakan tak bernafas itu.
Harith hanya tersenyum, dia tak mempersoalkan hal itu kerana hari hari dia nampak Nayla makan macam ni.
"Let her be. I happy tengok dia makan macam ni. Kalau tak, asyik smoothie sihat dia je hari hari. I happy tengok my best friend happy."
Iris menjeling Dominic kecil. Dominic semakin pelik sebelum dia memandang Harith.
"She's like this every day, bro?."
![](https://img.wattpad.com/cover/326178016-288-k982112.jpg)
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...