NAYLA 5: Stupid sister!

114 7 0
                                    

" Daddy, mana kereta I?."

Nayla yang sedikit kekalutan itu segera menghampiri Tan Sri Hafzan yang sedang bersiap untuk mesyuarat online di ruang tamu. Dia menjungkitkan bahu.

" Mana lah daddy tahu?. Daddy baru je turun ni."

Jawab Tan Sri Hafzan yang sedikit terkejut dengan apa yang baru dia dengar. Mana pula perginya kereta Nayla?. Baru je pagi tadi dia nampak dekat garaj kereta.

" Daddy, I dah lambat nak pergi office ni. Tomorrow is a big day!."

Nayla mencekak pinggangnya, terasa sakit hati dengan kehilangan kereta kesayangannya itu. Siapa pula yang bawa lari keretanya itu. Di dalam fikirannya hanya satu saja.

Perempuan tu.

Tak lama selepas Nayla berulang alik daripada ruang tamu ke dapur, kedengaran enjin keretanya di luar rumah. Dengan segera Nayla menuju ke laman rumah.

Sudah dia kata, memang perempuan tak guna tu yang pakai keretanya. Dengan riak wajah selamba, Marissa keluar daripada kereta Nayla. Sedikit pun dia tak rasa bersalah. 

Melihat Nayla yang sudah bercekak pinggang di hadapan sana, Marissa buat buat tak tahu saja. Beg beg pakaian yang baru dibeli tadi dijinjing dan dibawa masuk.

" Hey Marissa, siapa yang izinkan you guna kereta I?."

Soal Nayla marah. Budak tu tak ada kereta ke sampai nak guna kereta dia?. 

Dengan jelingan, Marissa menghiraukan saja soalan Nayla, Bertambah sakit hati Nayla dibuatnya sebelum dia menarik lengan Marissa kasar.

" Lepas lah!. Kau siapa nak pegang tangan aku—."

PANG!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Marissa saat dia pusing ke belakang. Terus berdiri Tan Sri Hafzan dibuatnya saat melihat Nayla menampar pipi Marissa.

" Kau jangan ingat aku nak berlembut dengan kau tau, Marissa. Kau memang tak ada adab ke?."

Suara Nayla masih kedengaran tenang walaupun hatinya sudah membara. Tak pernah lagi orang lain guna keretanya selain dia sorang. 

" Eh kau ingat aku hamak sangat ke nak guna kereta buruk kau tu!."

Marah Marissa. Dia cuba menolak Nayla tetapi Nayla terlebih dahulu mencapai tangan Marissa dan menolak kasar perempuan itu.

" Kereta buruk yang kau cakap tu lah yang kau pakai tadi tau!. Sekurang kurangnya aku beli guna duit aku sendiri!."

" Tak guna!."

Marissa dan Nayla sudah mula bergelut seperti kanak kanak yang berebutkan mainan. Macam itu lah mereka ketika kecil kecil dulu, selalu sangat bergaduh.

" Nayla!, Marissa!, Enough!."

Tan Sri Hafzan segera mendapatkan kedua dua anak perempuannya itu. Dia cuba meleraikan pergaduhan mereka tetapi mereka tetap bertegas untuk tidak mahu berhenti.

"Marissa!."

Hawa muncul daripada tingkat atas sebelum dia dan Tan Sri Hafzan berusaha untuk meleraikan mereka berdua. Dengan kekuatan yang mereka ada, Tan Sri Hafzan dapat menghalang Nayla manakala Hawa menghalang Marissa.

"Sudah sudah lah tu!. You guys dah besar, cuba lah jadi matang sikit!. Tak malu ke dengan attitude masing masing?."

Marah Tan Sri Hafzan apabila melihat perangai mereka berdua masih tak berubah ubah. Tetap sama saja. Suka sangat bergaduh sampai tak ingat dunia!.

"Kau nak sangat kan kereta kau tu?. Eh kau ambil lah!."

Marissa mengeluarkan kunci kereta Nayla sebelum di campak ke lantai. Nayla yang marah dengan tindakan Marissa tadi cuba menendang Marissa tetapi berjaya dihalang Tan Sri Hafzan.

NAYLAWhere stories live. Discover now