12 Jun 2010
"Woi..."
Marissa menghampiri seorang lelaki yang sedang duduk merokok di belakang bangunan sekolah itu.
Melihat kelibat Marissa yang sedikit ketakutan itu membuatkan dia tertawa.
"Relax... kau nak takut apa?."
Lelaki tadi mengeluarkan sekotak rokok di dalam poket seluarnya dan dihulurkan pada Marissa. Tanpa teragak agak, Marissa mengeluarkan sebatang rokok dan dinyalakan.
"Tadi cikgu Taufik cari kau, aku cakap kau pergi surau."
Marissa tersenyum sebelum dia menghembus asap rokok itu daripada mulutnya. Dia langsung tak rasa bersalah untuk sentuh benda merbahaya itu, malah dia jadi ketagih.
Itu lah kehidupan yang Marissa pilih sejak dulu lagi. Bagi dia, itu lah kebebasan yang dia mahukan. Tan Sri Hafzan tak dapat bagi kebebasan yag dia mahukan. Lelaki tu terlalu pentingkan maruah keluarga.
Alan ketawa sinis sebelum menggosok kepala Marissa, bangga dengan wanita itu. Dia tak sangka Marissa sanggup lindungi dia.
Perempuan tu mudah sangat dipengaruhi. Dan ada sebab kenapa dia cuba untuk mendekati Marissa.
"Marissa!."
Jerit seorang wanita tinggi lampai itu. Marissa segera berdiri sebelum dia mencampak puntung rokok itu di lantai dan dipijak laju. Dia terkejut dengan kehadiran wanita itu.
Alan tersengih lebar.
Well, there she is...
"You buat apa dekat sini. Jom!."
Dia laju menarik lengan Marissa untuk meninggalkan Alan tetapi Marissa terlebih dahulu menepis tangan wanita itu laju.
"Aku tak nak ikut kau. Kau jangan nak menyemak lah, Nayla!. Kau berambus!."
Bahu Nayla ditolaknya kasar membuatkan Nayla terdorong ke belakang. Nayla masih berkeras untuk bawa Marissa pergi.
"I tak akan pergi selagi you still nak duduk sini. Berapa kali I nak cakap dengan you, jangan bergaul dengan budak budak nakal tapi you tetap degil. Kalau daddy tahu you buat semua ni, daddy marah tahu tak?."
Nayla cuba mencengkam tangan Marissa, tak mahu Marissa terpengaruh dengan semua perkara jahat ni. Dia sudah berjanji dengan Tan Sri Hafzan untuk jaga Marissa.
"Hey.. chill lah. Aku tak buat apa pun dengan adik kesayangan kau ni. Aku saja je ajak dia berborak, salah ke?."
Alan berdiri sebelum dia menghampiri Marissa. Bahu Marissa dipeluknya selamba. Semakin sakit hati Nayla apabila melihat perangai Alan yang menjadi jadi dan Marissa biarkan saja lelaki tu sentuhnya.
Daripada dulu lagi dia tak suka Alan. Lelaki tu budak nakal dan suka merosakkan pelajar yag lain termasuk lah Marissa, adiknya.
"Lepaskan adik I, Alan. Cukup baik I tak report dekat principle pasal perangai you ni."
Tegas Nayla dengan renungan memberi amaran. Dia tak mengadu pada guru displin sebab dia fikirkan tentang Marissa. Dia tak nak bapa mereka tahu apa perbuatan Marissa di sekolah.
Nayla terlalu sayangkan Tan Sri Hafzan. Dia tak akan buat bapanya kecewa. Usaha Tan Sri Hafzan untuk besarkan mereka begitu berharga buat Nayla.
Alan tersengih kecil. Dia suka untuk tengok Nayla marah. Walaupun Nayla marah, dia tetap cantik bagi Alan. Dia mahu pegang wajah Nayla tapi dia tahu dia tak akan mampu kerana perempuan tu jual mahal.
"Okay fine, aku tak akan lepak dengan adik kau lagi. Kalau itu yag kau nak, aku ikut."
Akhirnya Alan mengalah. Dia melepaskan genggaman di bahu Marissa membuatkan Marissa terkejut.
YOU ARE READING
NAYLA
Roman d'amourSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...