NAYLA 57: Time To Move On

114 9 0
                                    

2 Minggu kemudian...

"Woi Rith."

Rayyan menepuk lembut bahu Harith yang sedang khusyuk menaip surat perjanjian pelanggan di dalam komputer.

"Hm?."

Tanpa menoleh, Harith masih fokus menaip. Dia perlu selesaikan kontrak tanah itu hari ni juga. Kalau tak, bertangguh lagi kerjanya. Sudah lah dia perlu uruskan seorang diri.

"Dato Mail kau tu ajak kita berdua pergi majlis malam ni. Kau nak ikut?."

Rayyan menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di sebelah Harith.

Dia menanggalkan cermin matanya sebelum memandang Rayyan.

"Kau dengan aku je?. Untuk apa?. Dia tak ajak Yusra sekali?."

Soal Harith yang berkerut kening itu. Selalunya dia ajak mereka bertiga bersama. Rayyan mengeluh kecil.

"Itu lah pasal. Tapi kalau aku bagi tahu kau ni, kau confirm tak nak ikut."

Rayyan begitu yakin yang Harith tak akan ikut sekali malam ni. Dia sudah beritahu Dato Sri Ismail tentang hal ni tapi lelaki tua tu degil. Masih percaya yang Harith nak datang sekali.

"Sebenarnya, dia ajak aku dengan kau sebab nak raikan perpisahan Alissa. Dia dah naik pangkat, pergi Johor."

Terdiam Harith apabila mendengar bahawa Alissa akan berpindah tempat. Johor pula tu. Tapi sudah rezeki dia, nak buat apa?.

"Tiba tiba pula aku teringat mak aku ajak makan rumah dia. Kau pergi je lah sorang."

Harith kembali menyambung kerjanya tadi. Sekali lagi Rayyan mengeluh panjang.

"Kau jangan lah macam ni. Kau kan dah settle dengan dia, apa yang kau nak mengelak lagi?. Kau takut dengan dia eh?."

Soal Rayyan pelik. Harith dengan Alissa sudah lama tak bertegur sejak Harith beritahu yang dia sudah tamatkan hubungan mereka. Apa yang nak ditakutkan lagi?.

"Aku bukan takut lah."

Balas Harith.

"Habis tu, kenapa kau tak nak datang?."

"Sebab aku tak nak rumitkan lagi keadaan. Benda memang dah settle tapi aku tak nak dia fikir pasal aku lagi. Sometimes ada benda yang kita boleh hadap and sometimes ada benda yang kita kena elak."

Jawab Harith yang memikirkan tentang perasaan orang lain. Kalau dia datang, mesti Alissa fikir dia sedang buka ruang baru buatnya.

"Kau still sayang dia eh?."

"Kau gila?. Aku dah kahwin lah."

Marah Harith berang. Soalan Rayyan ni kadang kadang buat orang sakit hati.

Rayyan mengangkat tangan tanda mengalah.

"Sorry, sorry. Okay, aku faham maksud kau. So kau tak datang lah ni?."

Rayyan mahukan kepastian. Harith hanya menggeleng kepala perlahan. Dia memang tak nak jumpa Alissa lagi.

"Okay, fine. Kalau macam tu aku pergi sorang. Nak ajak Yusra, dia tak boleh datang. Kau nak aku cakap apa apa dekat Alissa tak?."

Soal Rayyan dengan sengihan jahat.

Harith memandang Rayyan dengan pandangan menahan marah. Rayyan tertawa sebelum dia menganggukkan kepalanya.

"Fine... kau sambung lah buat kerja. Kirim salam dekat mak kau."

Rayyan bangkit dan terus ke berlalu pergi. Dia perlu hantar dokumen penting pada bos kesayangnnya itu a.k.a bapa angkat dia di pejabat.

NAYLAWhere stories live. Discover now