"Harith?."
Raima dan Zul mendapatkan anak mereka yang sedang duduk termenung di gazebo rumah. Harith yang menyedari kehadiran ibu bapanya segera terduduk tegak dan memberikan senyuman kecil.
"Harith okay?."
Soal Raima yang duduk di sisi Harith. Bahu anaknya dicengkam lembut, memandang wajah Harith yang kelihatan serabut itu. Walaupu nampak Harith tersenyum, tapi dia tahu harith sedang risaukan nayla.
"Mana boleh Harith okay, mama?. Nayla dah hilang, Harith tak tahu dia dekat mana."
Harith mencemikkan keningnya, memandang wajah raima sayu. Raima tak mampu melihat anaknya itu sedih. Hatinya juga turut terluka.
"Papa faham Harith risaukan Nayla tapi Harith pun tak boleh macam ni. Kalau Harith sakit, mama juga yang risau. Papa juga yang kena jaga you guys."
Rungut Zul, cuba buat Harith tersenyum. Raima memandang Zul dengan pandangan tajam. Zul mengangkat keningnya, tak mengerti dengan renungan yang isterinya beri tadi.
"Apa papa cakap tu betul. Harith tak lunch, tak makan apa apa pun daripada tadi."
Raima memandang wajah Harith dengan pandangan memujuk. Sekurang kurangnya, harith perlu jaga dirinya dulu. Baru sehari Nayla tak ada, Harith sudah macam ni. Belum sebulan lagi.
"Harith tak ada selera. Harith tak boleh makan kalau Nayla tak ada. Harith..."
Harith terdiam, memikirkan semula memori mereka berdua. Selama ni, dia akan mesej Nayla di waktu makan tengah hari seolah olah Nayla ada di sisinya. Dia sentiasa makan malam dengan Nayla sehingga dia pergi ke mana pun, dia pergi bersama Nayla.
Dia rindukan senyuman Nayla. Dia sedar yang selama ni dia asyik fikirkan tentang Nayla. Apa yang dia perlu buat sekarang ni?. Dia sudah mula bergantung pada Nayla.
"Harith kena cari dia..."
Apabila seharian dia tak jumpa Nayla, dia jadi tak tentu arah. Senyuman nayla buat dia jadi angau. Bagaimana dia mahu hidup tanpa Nayla di sisi?.
Raima memandang Zul risau. Belakang badan Harith diusap lembut. Dia sudah nampak perubahan pada Harith. Anaknya sudah cinta mati pada Nayla.
Zul mengeluh kecil sebelum dia menarik kepala Harith ke dalam pelukannya. Dia sudah lama tak pujuk harith sebegini tapi sebagai seorang ayah, dia perlu buat apa yang dia perlu buat.
"Nayla okay, papa tahu dia selamat. Walaupun Nayla tu perempuan, tapi papa tahu Nayla tak akan biarkan orang lain cederakan diri dia. Papa tahu sebab dia isteri Harith. Harith pun perlu buat benda yang sama. Jangan mudah putus asa macam ni. Kita sama sama cari dia."
Raima sudah mengalirkan air matanya. Dia tak sanggup tengok Harith begitu. Anak manja mereka begitu lemah tanpa Nayla.
Harith tersenyum kecil, mendapat sedikit semangat daripada Zul. Dia tak akan berputus asa. Dia percaya dia akan jumpa Nayla juga. Dia percaya.
Telefon di dalam poketnya bergetar. Harith laju saja mengeluarkan telefonnya. Panggilan daripada Dominic buat jantungnya berdebar laju. Dia segera meleret butang hijau untuk menjawab panggilan Dominic.
"Hello."
Jawab Harith dengan nada serius. Dia tahu Dominic sudah ada jawapannya. Raima dan Zul sudah berpandangan antara satu sama lain.
"Aku dah jumpa Nayla. Jumpa aku dekat tempat biasa."
Terus terbeliak mata Harith. akhirnya dia dengar juga awapan yang dia mahukan.
"Okay."
Panggilan dimatikan. Harith memandang wajah ibu bapanya dengan senyuman lega.
" Dia orang dah jumpa Nayla."

ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...