NAYLA 40: Hot As Hell

145 8 0
                                    

Perlahan lahan Nayla mencelikkan matanya apabila dia tersedar daripada lena. Sebaik saja dia membuka mata, terlihat wajah Harith yang sedang merenung wajahnya bersama senyuman.

"Good morning."

Terasa seperti mimpi kerana Harith tak akan kejut dia pagi pagi. Selalunya dia yang akan kejut Harith. Lama sangat ke dia tidur?.

Kelopak matanya digosok perlahan sebelum Nayla menguntum senyuman ringkas. Matanya terasa berat kerana puas menangis malam tadi. Malas pula dia nak pergi kerja.

"Good morning..."

Balas Nayla yang sedang menutup mulutnya. Dia baru bangun dan dia belum berus gigi!. Dia tak akan malukan dirinya di hadapan Harith.

"Why?."

Harith tertawa cuba menarik tangan Nayla itu tetapi Nayla laju menggelengkan kepalanya. Dia segera bangkit daripada katil dan berlari menuju ke bilik air untuk cuci muka terlebih dahulu.

Harith yang melihat tindakan Nayla itu hanya mampu tersenyum.

Bagus lah jika Nayla sudah ada tenaganya semula. Harith yang awal sudah bersihkan diri tadi kembali ke katil hanya untuk menatap wajah lena Nayla.

"Awalnya you bangun."

Tegur Nayla yang baru selesai membersihkan wajahnya. Dia kembali duduk di katil, memandang wajah Harith dengan riak tertanya. Harith tak akan bangun seawal ini.

"I tak boleh tidur lena."

Balas Harith yang juga turut terduduk. Dia tersenyum kerana asyik terfikirkan sesuatu yang terjadi malam tadi.

"Kenapa?. I berdengkur eh?."

Soal Nayla sedikit risau. Dia tak pernah berdengkur tapi mana lah tahu?. Dia terlalu penat semalam sampai tak sedar apa apa.

Harith tertawa membuatkan Nayla semakin cuak. Ah sudah, dia benci dengan reaksi yang Harith berikan.

"Why... tell me."

Desak Nayla. Malu lah dia kalau dia betul betul berdengkur!. Mana dia nak sorokkan muka dia ni?!.

"You keep saying my name..."

Balas Harith dengan renungan penuh maksud.

Nayla sudah terdiam. Itu saja?. Oh, tak lah teruk sangat. Lega sedikit dirinya apabila dengar hal yang bukan memalukan.

Ya, Nayla asyik sebut namanya malam tadi tapi bukan itu yang buat dia tak tidur lena. Kerana tangan Nayla yang merayap sesuka hati malam tadi. Terpaksa lah dia tidur tidur ayam.

"You masuk kerja hari ini?."

Soal Harith yang sudah bangkit untuk bersiap ke pejabat. Dia perlu masuk awal kerana Dato Sri Ismail mahu dia hantar fail pelanggan hari ni. Terpaksa lah dia ikut.

"Tak kot. I nak berehat hari ini."

Keluh Nayla sebelum dia kembali berbaring. Kepalanya sakit kerana dia tak dapat rehat yang secukupnya sepanjang minggu ini. Jadi selepas pakaian yang ditempah itu siap, dia mahu berehat. Dia sudah maklumkan pada Iris.

"Okay, you rest je hari ni. I balik lambat sikit hari ini. I dinner dengan boss I."

"You sure?. Bukan dengan Alissa?."

Terus terdiam Harith apabila renungan Nayla yang berbaring itu buat dia sebersalah. Mana mungkin dia cakap sesuatu yang boleh buat Nayla sakit hati?.

"No, dengan boss I."

Harith tersenyum kecil sebelum dia mengorak langkah ke arah ruang almari pakaian. Sudah banyak panggilan Alissa yang dia tak jawab. Dia terlalu sibuk dengan Nayla.

NAYLAWhere stories live. Discover now