Nayla membuka pintu bilik yang dia simpan segala barangannya termasuk segala rekaan yang dia sendiri reka dan jahit. Memang itu hobi dia dekat rumah sejak dia bujang lagi.
Alangkah terkejutnya dia di saat melihat dress vintage yang dia jahit itu sudah hilang daripada tempat yang sepatutnya. Barang barang dia yang lain juga seperti disentuh orang.
" Fuck!. Siapa punya kerja ni!."
Naik turun dada Nayla saat barang dan ruang pribadinya disentuh orang. Dia sentiasa nasihati orang dalam rumah ni supaya jangan masuk bilik itu tapi tetap tak guna!.
" Marissa!."
Bergegar satu rumah dengan jeritan Nayla. Mereka yang sedang makan tengah hari itu segera menoleh ke arah tingkat atas. Nayla menuruni tangga sebelum menghampiri Marissa yang masih kelihatan tenang.
" Hey Marissa!. Apa you buat dengan baju baju I?!."
Tengking Nayla marah. Matanya yang separa bulat itu membulat penuh. Nayla memang pantang kalau orang buat apa yang dia tak suka. Paling dia benci!.
" Aku buat apa?. Aku tak sentuh pun barang kau."
" Kau jangan nak tipu lah!. Aku tahu kau sorang je yang tangan gatal!."
Nayla masih tak puas hati. Dia mahu perempuan tu mengaku juga!.
Harith hanya memandang saja. Dia juga sedikit terkejut apabila melihat Nayla mengamuk sebegitu.
" Nayla, Marissa, jangan bergaduh depan rezeki boleh tak?. Betul ke you sentuh barang Nayla?."
Tan Sri Hafzan hanya bersuara tenang walaupun dia malu melihat anak perempuannya bergaduh di hadapan Harith. Tak matang betul.
" Tak, I tak sentuh pun."
Jawab Marissa dengan nada tak bersalah. Semakin membara api kemarahan Nayla dibuatnya. Tanpa menunggu, satu tamparan hebat hinggap di pipi Marissa.
PANG!
" Perempuan tak guna!. Aku tahu kau yang buat!. Dah buat tu mengaku je lah!. Kau tahu kan aku tak suka kalau kau sentuh barang aku!."
" Aku cakap aku tak sentuh, aku tak sentuh lah!. Kau yang tak guna!."
Marissa segera bangkit dan mula bergelut dengan Nayla seperti biasa kalau mereka bergaduh. Tan Sri Hafzan sudah menekap dahi sambil menggeleng, tak faham dengan sikap anaknya itu.
" Nay—Nayla, sudah lah tu."
Harith terpaksa masuk campur memandangkan manusia yang bergaduh macam lembu tu ialah isterinya walaupuntangannya masih berbolot. Dia tak tahu betapa teruknya hubungan Nayla dan Marissa tapi kalau dilihat, memang teruk ni.
Hawa hanya mampu menjerit 'stop' saja. Memang itu yang dia mampu buat kerana dia sudah tak sanggup nak leraikan pergaduhan Nayla dan Marissa. Nanti tak pasal pasal, dia sekali ditumbuk ditampar.
" I said enough! Nayla, stop!."
Tan Sri Hafzan segera menarik lengan Nayla dan terpaksa menolak anak sulungnya itu ke tepi. Nayla masih mampu menahan air matanya walaupun dia sudah tak mampu.
Dia benci Marissa!
" Perempuan ni yang cari pasal dengan I dulu—."
" Sudah lah tu!. You orang memang nak bergaduh sampai I ni mati ke?! Nayla, You tu kakak. Jangan lah disebabkan benda kecil macam ni pun you nak bergaduh macam budak kecil!."
Tengking Tan Sri Hafzan marah. Dia sudah tidak tahan melihat mereka asyik asyik bergaduh tak henti. Sampai bila benda ni nak berterusan?.
Mereka semua sudah terdiam termasuk Nayla. Air mata yang bertakung di tubir matanya mengalir deras membasahi pipi.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...