Kedengaran bunyi ombak berhempas itu sungguh menenangkan.
Disatukan pula dengan bunyi suara pelancong pelancong yang bermain di sekitar persisiran pantai itu mampu memberikan dia kesegaran.
Nayla duduk di bangku, memerhatikan kanak kanak yang sedang bermain di persisiran pantai bersama ibu bapa mereka. Terus terukir senyuman halus di bibirnya apabila dia melihat keseronokan mereka bersama.
Mereka gembira bersama sama dengan ahli keluarga manakala dia, hanya duduk seorang diri di negeri orang.
Dia tak mampu meluahkan perasaan gembiranya pada orang yang dia sayang. Dia hanya seorang diri di sini..
Angin yang datang daripada arah pantai itu meniup rambut panjangnya. Suasana di Pulau Perhentian itu sungguh menyamankan minda dan jiwanya.
Dia pernah bercadang untuk ke sini bersama Harith tapi hajatnya tak tercapai. Dia bercuti seorang diri.
Sudah 2 minggu lebih dia di sini tanpa pengetahuan sesiapa dan dia dapat ketenangan yang dia cari tapi adakah ini yang dia mahukan?. Semestinya tidak. Kalau ikutkan hatinya, sekarang juga dia mahu pulang untuk jumpa dengan Harith.
Dia terlalu rindukan suaminya tetapi mindanya kata belum lagi. Dia masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Harith. Bagaimana kalau Harith sudah fikir masak masak dan kembali bersama Alissa?.
Argh, dia tak sepatutnya berfikir begitu?!.
Dia datang ke sini untuk nikmati keindahan Tuhan, bukan merosakkan mood dia lagi. Dia akan pulang selepas minda dan hatinya sudah tenang dan kuat.
Petang mula menjelma.
Kelihatan matahari mula terbenam, menggantikan cahaya bulan nanti. Langit yang kelihatan jingga itu cukup mengagumkan. Kelihatan beberapa tetamu mengambil gambar sunset. Kalau dia ambil gambar pun, dia boleh hantar dekat siapa?.
Selepas melepaskan keluhan panjang, Nayla bangkit untuk pulang ke resort. Dia perlu ulang rutin hariannya yang sama di sini. Terasa bosan pula.
"Hi."
Kedengaran suara garau seorang lelaki menyapa gegendang telinganya. Terus tertoleh kepala Nayla memandang wajah lelaki berkaca mata hitam itu.
"Hi."
Balas Nayla tanpa nada. Dia tak berminat untuk bertemu dengan sesiapa di sini. Dia tiada niat untuk tambah kenalan ataupun buat kawan di sini.
"Dari minggu lepas I nampak you dekat sini. You orang sini ke?."
Soal lelaki tadi. Dia hanya berkemeja putih dan dipadankan dengan seluar pendek. Butang yang terbuka itu menayang dadanya. Betul betul gaya summer.
"No."
Balas Nayla endah tak endah. Dia tak berminat dengan gaya lelaki tadi. Jangan ganggu dia boleh?. Dia tak mahu diteman sesiapa di sini. Dia mahu seorang diri saja.
Lelaki tadi tersengih lebar sebelum dia menanggalkan cermin matanya itu dan disangkut pada kemejanya itu.
"I Farhan. You?."
Soal lelaki tadi mahu tahu sambil menghulurkan tangannya tanda perkenalan. Nayla hanya terdiam memandang wajah lelaki tadi sebelum dia pergi tanpa memberitahu namanya.
"Hey, wait lah. Jangan sombong macam ni."
Farhan berlari menghalang laluan Nayla. Dia begitu berminat dengan gaya Nayla dan kalau boleh, dia mahu berkenalan dengan wanita itu. Daripada minggu lepas dia nampak Nayla seorang diri. Dia yakin Nayla masih lagi bujang dan tiada sesiapa. Kalau tak, mesti lah ikut sekali.
YOU ARE READING
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...