NAYLA 63: New House

145 10 0
                                    

You jaga diri baik baik dekat sana, tau. Kalau dah sampai sana, terus chat I."

Nayla melepaskan pelukan sebelum menatap wajah Iris yang sedang menahan tangisan itu.

Dia tak mahu berjauhan dengan Nayla tapi dia sudah ada Dominic. Dia sudah bersumpah untuk bersama Dominic selamanya. Jadi dia tak boleh mengelak.

"I janji, lepas I balik kita terus pergi shopping sama sama. I always rindukan you, all the time."

Iris kembali memeluk tubuh Nayla, tak mahu pergi tapi dia tak boleh buat apa. Naira yang berdiri berhampiran kaki Nayla itu dipandang dengan senyuman kecil.

"Naira jangan nakal nakal tau. Jaga mommy untuk auntie, okay?."

Iris bercangkung di hadapan Naira yang memandangnya lama sebelum naira menganggukkan kepalanya.

Iris tersenyum mengusap kepala Naira. Anak kecil itu terlalu comel dan dia boleh nampak betapa irasnya wajah Naira dengan Nayla. Baru nampak macam ibu anak.

Dominic yang berdiri bersama Harith itu hanya memerhatikan drama mereka berdua. Biasa lah, perempuan memang emosi sikit kalau bab berpisah ni. padahal seminggu je.

"Lama kau duduk sana?."

Soal Harith pada Dominic. Lelaki itu tersenyum.

"Tak lah. Seminggu je. Kenapa, kau rindukan aku nanti?."

Dominic melanggar lengan Harith dengan sengiha. Harith hanya tersengih sinis sambil menggelengkan kepalanya. Dia tak ada masa nak rindukan Dominic. Dia ada Nayla.

"Kau jaga dia baik baik. Kau tahu betapa berharganya Iris pada Nayla."

Pesan Harith pada Dominic sebagai seorang lelaki kepada seorang lelaki. Apabila mereka ada tanggungjawab untuk jaga wanita, itu lah perkara yang paling penting bagi mereka. Jangan pernah sakiti hati wanita yang mereka gelar isteri itu.

"No prob, bro. Kau doakan aku cepat dapat anak."

Dominic berbisik di tepi telinga Harith. Dia tak sabar untuk jadi seorang ayah. Harith tersengih kecil.

"Jangan lupa apa aku cakap hari tu."

Dominic membalas renungan bermakna Harith sebelum terus terukir sengihan sumbingnya. Dia ingat kembali perbualan mereka hari tu. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

"Baik boss."

Dominic memeluk tubuhnya, cuba ingat pesanan Harith. Dia tak akan lupa!.

"I pergi dulu, bye!."

Iris yang menuju ke balai pelepasan bersama Dominic itu melambai tangannya ke arah mereka bertiga sebelum dibalas dengan lambaian mereka.

Shen dan János pula sudah lama terbang ke Vienna. Mereka akan bersatu sebagai keluarga semula. Bagus lah. Demi kebaikan Iris dan Dominic.

"Haih... rindunya I dekat Iris."

Keluh Nayla apabila kelibat Iris hilang. Harith yang mengendong Naira itu sudah tertawa.

"You baru je peluk cium dia tadi, dah rindu?."

Soal Harith dengan sengihan.

Nayla menyandarkan kepalanya pada bahu Harith. Kawan baiknya itu sudah bahagia dan dia juga perlu bahagia. Mereka masing masing sudah berkeluarga. Mesti lah bahagia kan?.

"Dah, jom. Nanti kita lambat."

Harith menarik pinggang Nayla untuk meninggalkan kawasan lapangan terbang kerana mereka perlu uruskan rumah mereka pula. Dengan perasaan berat hati, Nayla ikutkan juga Harith.

NAYLAWhere stories live. Discover now