Tan Sri Hafzan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu yang masih terang.
Dari jauh, dia nampak sekujur tubuh sedang berbaring di atas sofa. Di atas meja, beberapa helaian kertas berselerakan.
"Harith?"
Tan Sri Hafzan menghampiri sebelum memegang lutut kanan Harith yang terangkat. Lelaki itu tidur lena dengan sebelah lengan diletakkan di atas dahi.
"Harith, wake up. Pergilah tidur dekat bilik."
Untuk kali kedua, Tan Sri Hafzan menepuk lembut bahu menantunya. Harith terus tersedar dan segera terduduk dalam keadaan masih mamai.
"I'm sorry. I tak sedar I dah tertidur."
Harith meraup wajah, cuba menghilangkan rasa mengantuk yang semakin berat. Dia sudah berjaga terlalu lama untuk menyiapkan kerja.
"Tak apa. Naiklah, masuk tidur dekat bilik."
Tan Sri Hafzan menepuk bahu Harith sambil tersenyum. Dia kesiankan lelaki itu. Walaupun sedang bercuti, Harith masih sibuk dengan kerja.
"Nayla dah balik, Daddy? I tak nampak pun dia daripada tadi."
Soal Harith sambil menahan mengantuk. Terus berkerut dahi Tan Sri Hafzan.
"Nayla tak balik lagi? Dia cakap dengan Daddy tadi dia keluar dengan Iris, tengok design dia yang baru sampai. Tak akan tak balik lagi? Dah lewat sangat ni."
Nada suaranya mula kedengaran risau. Nayla tak pernah pulang selewat ini. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Mana pula anaknya itu pergi?
"I dah cuba call dia, tapi dia tak angkat."
Harith mencapai telefonnya yang terletak di atas meja. Tiada panggilan terlepas daripada Nayla. Dia juga mula risau apabila Tan Sri Hafzan sendiri tak tahu di mana isterinya berada.
"Tak apa, Harith naik dulu. Daddy rasa dia balik sekejap lagi."
Tan Sri Hafzan cuba menenangkan dirinya sendiri walaupun hatinya masih tak sedap. Dia turut cuba menghubungi Iris, tetapi wanita itu juga tak menjawab.
Mana pula Nayla pergi?
"Kalau macam tu, Harith tunggu dekat bilik je lah. Good night, Daddy."
"Good night."
Tanpa menunggu lagi, Harith terus naik ke bilik yang dikongsi bersama Nayla. Lampu sisi dibuka sebelum dia menjatuhkan tubuh ke atas tilam dengan keluhan lega.
Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada dapat berbaring di atas tilam selepas seharian bekerja, namun matanya tetap sukar dilelapkan. Fikirannya masih tertanya-tanya di mana Nayla berada.
Wanita itu memang selalu balik lambat ke?
Kalau ya pun balik lambat, beritahulah dia dulu. Ini, Tan Sri Hafzan sendiri tak tahu Nayla pergi mana. Suami mana yang tak risau kalau isteri tak balik sampai pukul dua pagi?
Hampir satu jam dia menunggu, tetapi Nayla masih belum muncul.
Akhirnya, kerana terlalu lama berjaga, Harith terlena juga. Dia tak mampu buat apa-apa selain menunggu Nayla pulang keesokan paginya.
***
Habis saja azan Subuh berkumandang, kelihatan kereta Nayla memasuki kediaman Tan Sri Hafzan. Dia segera menarik handbrake sebelum menyandarkan tubuh ke belakang.
Dia langsung tak sedar yang dia boleh tertidur di rumah Iris. Minah tu pun bukannya nak kejut dia sebab mereka berdua tertidur sekali. Lena pula tu.
Selepas mengemaskan sedikit penampilannya, Nayla terus masuk ke dalam rumah. Nasib baik Tan Sri Hafzan dan Hawa tak sedar dia dah balik. Kalau tak, mahu kena bebel nanti. Sakit telinga dia, oi.
ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...
