NAYLA 24: He's Better

94 5 0
                                    

"Harith."

Langkah Harith terhenti apabila Hawa memanggil namanya. Dia yang baru balik daripada tempat kerja terus menghampiri Hawa.

"Ya mommy?."

Harith tersenyum menyapa Hawa yang masih tersenyum itu. Dia ada sesuatu yang mahu dibincangkan dengan Harith.

"Nah, teh."

Hawa sempat mempelawa menantunya minuman kerana melihat wajah Harith yang sedikit letih. Dia tahu, kerja sapai malam memang penat. Suaminya juga begitu.

"Thanks."

Harith tersenyum sebelum dia menarik sebuah kerusi. Gelas terisi teh sejuk itu diteguk perlahan. Baru lah lega tekaknya. Kalau tak, kering semacam.

"Mommy ingat kan, tahun ni mommy nak buat sendiri kek tu and you rasa, kek apa yang sesuai untuk party malam esok?. Red velvet or... Blueberry cheese?. Dau dua favourite Nayla, I tak tau nak pilih yang mana."

Hawa sedikit bingung kerana dua dua itu adalah kegemaran Nayla. Tan Sri Hafzan suruh dia beli saja tapi dia tak nak kerana dia lebih suka buat sendiri.

Harth sudah mengerutkan keningnya apabila dia tak faham dengan apa yang Hawa cuba sampaikan padanya. Kek?. Party?. Apa ni?. Dia ada terlepas sesuatu ke?.

"I... tak faham. Party apa ni?."

Soal Harith dengan wajah yang keliru. Hawa suda terdiam kerana melihat wajah Harith yang terpinga pinga itu.

"Kek... untuk birthday Nayla?. You... tak tahu ke birthday dia hari ni?.

Hawa sudah syak sesuatu. Mana mungkin Harith tak tahu tarikh lahir Nayla?. Mereka bercinta kot sebelum ni?.

Harith sudah terdiam. Hari lahir Nayla hari ni?. Dia tak pernah tahu tapi serius lah sampai perlu buat party bagai?.

"O—ouh, I tahu tapi party?. I tak tahu pun pasal tu?."

Harith menggaru belakang kepalanya, cuba memperoleh maklumat. Hawa tersenyum kecil.

"Every year, daddy dengan I akan buat majlis untuk birthday Nayla tapi yang uruskan semua tu, Nayla sendiri. Dia tak bagi tahu you ke?."

Soal Hawa pelik. Tak mungkin Nayla tak bagi tahu kerana setiap tahun, tarikh itu lah yang penting bagi Nayla.

Harith hanya menggelengkan kepalanya. Nayla tak ada bagi tahu dia tentang hal itu. Kenapa?. Tak penting bagi Nayla kalau dia tahu ataupun tak?.

"I rasa Red Velvet."

Harith tersenyum kecil, memberikan pendapatnya sebelum dia naik ke atas. Hawa yang melihat kelibat Harith hilang sebalik dinding terus menguntumkan senyuman kecil.

Sesampai di biliknya, Harith melihat Nayla yang sedang bergelak tawa dengan seseorang di talian. Mendengar bunyi kuakan pintu, terus tertoleh kepala Nayla melihat siapa yang masuk.

"Okay, I'll call you later. Jangan lupa tau, malam esok. I hope sangat you boleh datang. Okay... bye."

Nayla sempat tertawa sebelum dia mematikan panggilan. Dia terus menghampiri Harith yang sedang menaggalkan jam di tangannya itu. Dia patut tanya tentag majlis tu tapi... dia rasa dia patut.

"Lambat you balik?."

Nayla tersenyum melihat Harith yang baru saja tiba ke rumah. Harith hanya memberikan reaksi kosong tanda membalas senyuman Nayla tadi.

"I ada kerja sikit tadi, tu yang balik lambat."

Balas Harith tanpa rasa takut walaupun sebenarnya, dia keluar makan bersama Alissa tadi. Dia segera menaggalkan kemejanya sebelum menuju ke bilik air.

NAYLAWhere stories live. Discover now