NAYLA 41: Sex With Me

159 8 0
                                    

"You sure sini tempat dia?."

Soal Tan Sri Hafzan yang sedang melilaukan pandangannya ke arah luar. Dia yang di dalam kereta itu hanya memerhatikan orang orang yang keluar masuk daripada bangunan kelab malam itu.

"Ya, Tan Sri. Saya dapat tahu kelab ni milik keluarga Tuan Dominic. Dan yang saya pasti, Cik Marissa selalu datang sini setiap malam."

Jawab Pemandu yang hanya memerhatikan wajah Tan Sri Hafzan melalui cermin pandang belakang. Kelihatan wajah Tan Sri Hafzan yang tegang itu, masih mencari kebenaran.

"I tak sangka anak I sendiri keluar masuk tempat haram ni. I tak tahu lah apa yang I kurang bagi pada Marissa tu. I kecewa sangat sangat..."

Tan Sri Hafzan memegang dahinya sambil menggelengkan kepalanya. Dia betul betul tak suka dengan perkara ini. Dia gagal untuk didik Marissa.

Lepas apa yang Nayla beritahu dia semalam, buat Tan Sri Hafzan sedar akan sesuatu. Dia terlalu beri Marissa kebebasan sehingga kebebasan yang dia beri tak mampu dikawal.

Akhirnya dia sendiri yang buat siasatan. Dia mahu tahu dengan siapa Marissa berkawan, apa yang Marissa buat di luar sana sampai berminggu minggu tak balik rumah.

Dia tahu dia sudah terlambat untuk bendung perkara ini tapi demi kebaikan mereka semua, dia mahu lakukannya sekarang.

"Tan Sri sure nak masuk tempat ni?."

Soal pemandu tadi. Dia tahu Tan Sri Hafzan bukan orang yang biasa dengan tempat tempat sebegini. Lama dia terdiam.

"I have no choice. Yes or yes."

Mendengar kata putus Tan Sri Hafzan, pemandu tadi mengangguk kepalanya sebelum membuka pintu kereta buat Tan Sri Hafzan.

Dengan nafas yang ditarik dalam, Tan Sri Hafzan melangkah keluar daripada kereta dan berjalan menghampiri pintu kelab malam tadi.

Suasana bertukar menjadi bising dengan suara muzik yang kuat memecah gegendang telinganya. Bau arak yang terlalu kuat mampu memecahkan rongga hidungnya dan lampu yang terlalu rancak membuatkan pandangan matanya sakit.

Dia tak tahu kenapa manusia begitu gemar untuk datang ke sini. Untuk hilangkan tension?. Dia tak rasa sini tempat yang sesuai. Semakin serabut kepala ada lah.

"Tan Sri!"

Kelihatan Dominic muncul bersama seorang lagi lelaki berbangsa cina di belakangnya. Mereka berdua berjabat tangan.

"I tak pernah nampak Tan Sri dekat sini. There's someone you are looking for?."

Soal Dominic yang berpura pura kebingungan itu. Dia tahu apa hajat Tan Sri Hafzan ke sini kalau bukan kerana Marissa. Dia tak akan datang sini semata mata untuk berfoya. Tan Sri Hafzan bukan orang macam tu.

"I cari Marissa. I know she's here."

Hanya tegang saja wajah Tan Sri Hafzan kerana sekarang dia tiada masa untuk bersuka ria. Dia perlu dengar penjelasan daripada wanita itu berkaitan perbuatan kotornya terhadap Nayla.

"Marissa?. You sure dia dekat sini?. I tak pernah nampak muka dia dekat sini."

Dominic tersengih kecil. Alex di sisi Dominic sudah menjeling lelaki itu. Kalau ikut hati dia, mahu saja dia beritahu Tan Sri Hafzan yang Marissa sedang mabuk di bilik VVIP.

Tan Sri Hafzan memandang wajah Dominic tajam.

"I tahu dia dekat sini. Kalau tak, I tak akan buang masa untuk datang sini."

Matanya mula melilau mencari Marissa. Dia akan pastikan Marissa tanggung semua kesilapannya. Setiap perbuatan ada akibatnya. Itu yang dia mahu Marissa belajar.

NAYLAWhere stories live. Discover now